Surah 28: Al-Qasas (The Stories): Verses 62-88

71. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made night continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you light? Will you not then hear?" 72. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made day continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you night wherein you rest? Will you not then see?" 73. It is out of His Mercy that He has put for you night and day, that you may rest therein (i.e. during the night) and that you may seek of His Bounty (i.e. during the day), and in order that you may be grateful.

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN!!!
Showing posts with label renung... Show all posts
Showing posts with label renung... Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Empat Soalan Yang Akan di Tanya di Akhirat Nanti



Sahabat yang dikasihi Allah,
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :
Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)

Sahabat,
Ketika di Hari Qiyamat nanti soal siasat yang pertama diajukan adalah umur yang dihabiskan di dunia. Adakah umur ketika di dunia banyak dihabiskan untuk mengerjakan amal soleh atau mengerjakan maksiat atau masa berjalan dan habis begitu sahaja tanpa di isi dengan kerja-kerja yang berfaedah.

Ingatlah masa itu adalah kehidupan, tidak berlalu masa itu melainkan habis kehidupan kita, dan ianya tidak boleh digantikan lagi selama-lamanya.

Oleh itu apa yang boleh kita lakukan adalah kita merancang dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab untuk masa sekarang dan akan datang agar masa dan umur kita dapat dimanfaatkan tanpa mengalami kerugian. Pergunakanlah sepenuh masa dan tenaga yang ada untuk melaksanakan amal ibadah dan amal soleh untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

Remaja Muslim yang sepenuh masa menuntut ilmu semestinya berhati-hati menguruskan masa. Tidak boleh membiarkan masa berlalu dengan sia-sia atau yang dimurkai Allah. Alangkah ruginya kita jika tidak dapat menyelamatkan diri bila berhadapan dengan Allah nanti.

Ujian semasa muda juga agak berat kerana ketika inilah darah muda sedang membara dan naluri semula jadi remaja ingin mencari pasangan hidup yang serasi atau ingin berpoya-poya dahulu sebelum memasuki alam perkahwinan. Amat malang apabila mereka ingin mencuba sesuatu perbuatan maksiat yang membawa kepada dosa besar. Ketika inilah ramai para remaja tewas, tidak dapat mencari nilai kebahagiaan sebenarnya. Kenapakah hadis Nabi s.a.w mengkhususkan masa remaja dan ujian diwaktu itu ?

Kalau kita perhatikan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang banyak berlaku dikalangan muda mudi Islam sebagai contoh penagihan dadah, kes buang anak, bohsia, bohjan, mat rempit, kes ragut, perzinahan, gengsterism dan minum arak dan berbagai-bagai lagi, adalah disebabkan para remaja tidak di tarbiyyah dengan asas agama yang kuat, dan mudah terpedaya dengan nafsu muda dan hasutan syaitan.

Sepatutnya ketika usia remaja, mereka melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berguna, ilmu agama, kemahiran dan menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan amal-amal soleh kerana persiapan yang sempurna nanti sebagi pengganti generasi yang terdahulu sebagai pemimpin dan pendidik yang berfikiran jauh. Sesungguhnya kejayaan dan kejatuhan sesuatu umat bergantung kepada kekuatan pemuda dan pemudinya, bila baik dan kuat dari segi akhlak, keimanan dan pengetahuan maka akan baik dan majulah sesuatu umat itu. Sebaliknya apabila runtuh akhlak dan keperibadian mereka maka umat itu akan runtuh dan amat sukar untuk dibangunkan semula.

Sahabat,
Harta kekayaan yang kita miliki akan ditanya di hari akhirat nanti, dari mana diperolehi dan kemana dan bagaimana ianya di belanjakannya.Oleh itu kita perlu berhati-hati mencari sumber rezeki pastikan ianya didapati bukan dari sumber yang haram. Sumber rezeki yang termasuk didalam kategori haram adalah seperti berikut :
1.Bekerja dengan syarikat penerbangan, kilang arak, pasaraya, restoran yang menjual, memproses dan menghidangkan arak.
2 Bekerja dengan syarikat insuran, perbankan, kewangan, money lender dan 'along' mengandungi unsur-unsur riba'.
3.Mengambil rasuah.
4.Bekerja dikelab-kelab malam sebagi penari, teman sosial, penyanyi, pemuzik yang jelas suasana kerja disitu pergaulan bebas lelaki dan wanita, terdapat minuman keras dan suasana kerja yang meruntukkan akhlak seorang Muslim.
5. Memakan harta anak yatim (sekiranya pembahagian faraidh tidak disempurnakan dan pembahagian harta dibuat secara adil).
6. Mendapat keuntungan dalam perniagaan secara menipu atau mengurangkan spesifikasi yang ditetapkan pelangan.
7. Menjual barang-barang haram seperti dadah. daging babi dan arak dan lain-lain lagi.

Sahabat,
Bagaimana hidup kita hendak mendapat keredhaan Allah, dan Allah menerima do'a kita kalau sumber rezeki kita diperolehi dari sumber yang haram dan makanan yang masuk dalam perut kita juga haram! Betapa ramainya umat Islam yang bekerja ditempat-tempat yang dinyatakan diatas. Semua ini akan ditanya oleh Allah s.w.t. dihari akhirat nanti, kerana sedekah dan zakat dari sumber yang haram tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Sekiranya sumber harta kita dari sumber yang halal, kita akan ditanya kemana harta kita digunakan dan dibelanjakan, andaikata kita gunakan untuk menyara keluarga, menuntut ilmu, sedekah pada fakir miskin dan anak-anak yatim, kerja-kerja dakwah,amal jariah,pembangunan masjid dan surau, membantu sekolah agama dan tahfiz, kerja-kerja kebajikan dan menegakkan syiar Islam, maka alhamdulillah, kesemua ini adalah merupakan amalan soleh yang akan mendapat balasan pahala disisi Allah s.w.t. Tetapi sekiranya kita gunakan harta yang dimiliki membantu kerja-kerja maksiat, menjalankan kerja-kerja yang di haramkan Allah s.w.t. dan tidak mahu berzakat dan bersedekah maka kita akan mendapat balasan siksa yang berat di Hari Qiyamat nanti.

Sahabat yang dihormati,

Ilmu yang kita miliki mestilah diamalkan. Kita diwajibkan menuntut ilmu sejak dalam buayan hinggalah keliang lahat. Setelah ilmu difahami maka perlulah berusaha untuk merelisasikannya dalam kehidupan. Apakah umat Islam yang melakukan maksiat dan dosa mereka tidak berilmu? Mengikut kajian sebahagian besar daripada mereka mengetahui hukum hakam tetapi tetap juga melakukan perkara yang dilarang Allah s.w.t kerana dorongan nafsu dan hasutan syaitan. Sebahagian pula memang jahil tentang hukum hakam agama. Orang jahil akan ditanya pula kenapa mereka tidak mahu belajar dan menuntut ilmu, mereka tetap mendapat balasan diatas kejahilan mereka.

Untuk melaksanakan ilmu yang dimiliki perlu kepada suasana yang baik, perlu mendekati alim ulama' dan bersahabat dengan orang-orang yang baik akhlaknya dan mengikuti program usrah dan halakat. Dari sinilah kita mempunyai kekuatan untuk melaksanakan kebaikan dan amal soleh, kerana proses nasihat-menasihat dan tegur menegur akan berjalan.

Oleh itu setiap kita perlulah mengambil perhatian tentang empat perkara seperti hadis diatas, apabila kita melaksanakan dengan baik keempat-empat perkara tersebut maka kita akan lulus ujian lisan yang akan ditanya kepada kita kelak. Bila ujian lisan lulus alhamdulillah ianya akan memudahkan kita untuk lulus ujian-ujian lain pula.

post by:abubasyer

Monday, July 26, 2010

10 Sebab Doa Terhijab..

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku (Allah) maka (jawablah) bahawa Aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik.”

Ramai manusia mengeluh bahawa doanya, masih belum diperkenankan Tuhan. Setiap pagi dan malam dia menadahkan tangan bermohon kepada Allah tetapi apa yang dimintanya tidak kunjung tiba. Timbul pertanyaan didalam hatinya: Kenapakah permohonannya itu masih belum dikabulkan Tuhan? Jarang orang berusaha untuk melakukan penelitian apakah sebab-sebabnya.

Pada hakikatnya sebab-sebabnya itu banyak, terletak pada diri sendiri. Kerana salah satu syarat yang penting untuk mendapat pengabulan doa dari Ilahi haruslah doa itu doa itu disertai dengan hati yang khusyuk, bukan berdoa hanya dimulut sahaja. Tidak ada ertinya mulut yang kumat-kamit sehingga kering tekak tetapi hati menerawang ke alam lain, jiwa tidak khusyuk menghadap Allah swt.

Dalam salah satu hadis dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk doa yang diperkenankan Allah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Apabila kamu meminta kepada Allah bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. Allah tidak memperkenankan doa seorang hamba yang hatinya lalai.”

Dari hadis tersebut, ditegaskan oleh Rasulullah supaya setiap orang yang berdoa harus yakin bahawa doanya akan diperkenankan Tuhan samada segera atau lambat. Yakin itu timbul apabila seluruh jiwa dan raga dipusatkan menghadap Allah swt.

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).


2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.


4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.


6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.


7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.


8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.


9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.


10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.


nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga Dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah..

Thursday, June 3, 2010

Peranan Pemuda Islam

presentation1from:badarsdar

Pemuda digambarkan sebagai seseorang yang sedang melalui satu peringkat tumbesaran di mana kekuatan fizikal, mental dan spiritual berada pada tahap yang paling optimum. Zaman ini merupakan satu peringkat seseorang manusia mampu mencari resolusi terbaik buat menangani masalah yang didepani.

Pemuda digambarkan sebagai unsur kekuatan dan menjadi tiang seri kepada pembangunan umat. Pemuda Islam bukan setakat mampu menghadapi gelodak cabaran namun terpikul dipundaknya risalah Islam yang merupakan risalah Nabi Muhammad S.A.W dan risalah Al-Quran .

Firman Allah : Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya, maka sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. ( al- Kahfi : 13 )

SIAPAKAH PEMUDA ISLAM ? Pemuda Mithali Sepanjang Zaman Nabi Ismail a.s Al-Quran jelas menceritakan kisah pengorbanan pemuda mulia ini yang sanggup menuruti perintah Allah seperti yang diimpikan oleh bapanya. Hatinya tidak terdetik untuk membantah perintah Allah. Ketaatan kepada agama anutannya adalah mutlak.

Hai anakku, sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu. Hai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. ( as Saffat : 102 ) Nabi Yusuf a.s

Walaupun ditawarkan dengan keghairahan oleh wanita bangsawan yang jelita namun Nabi Yusuf tetap tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan.

Baginda lebih rela disumbat ke penjara dengan penuh kehinaan walaupun peluangnya untuk melepaskan diri terbuka luas jika baginda menuruti kehendak wanita tersebut. Antara dua ujian – ujian dunia ( dipenjara) atau ujian agama (zina),baginda memilih untuk menghadapi ujian dunia.

Aku mohon berlindung kepada Allah,sesungguhnya tuanku telah memperlakukan aku dengan baik,sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang zalim. (Yusuf: 23)

Ini merupakan dua contoh daripada ramai pemuda-pemuda Islam mithali yang seharusnya menjadi idola kepada pemuda Islam keseluruhannya.

Pertama : Tanggungjawab Memahami Islam

Tanggungjawab ini telah digariskan oleh agama. Pemuda-pemuda perlu mempelajari ilmu agama namun diwaktu yang sama tidak meninggalkan bidang pengkhususan masing-masing.

Pemahaman yang tepat terhadap Islam akan mengelakkan mereka daripada menambah perkara-perkara yang tidak bersangkutan dengan agama dan dinamakan dengan Bid’ah Hasanah. Pemahaman yang tepat juga mengelakkan pemuda-pemuda daripada mengurangkan dan mengubahsuaikan agama supaya menepati selera mereka.

Sabda Nabi S.A.W : Barangsiapa yang melakukan sesuatu perkara baru dalam urusan kami ini, perkara yang tidak bersangkutan dengannya, maka ia tertolak.

Pemuda-pemuda harus membezakan antara perkara tunjang dengan cabang. Mereka juga sepatutnya mendahulukan perkara yang lebih utama berbanding perkara yang remeh temeh. Keupayaan membezakan antara halal dan haram, fardhu dan sunat, makruh dan harus sepatutnya menjadi pertimbangan pemuda-pemuda Islam.

Pemahaman ini tidaka akan diperolehi dengan tepat melainkan jika sumber yang digunakan adalah Al-Quran dan Sunnah, bukannya cerita-cerita Israiliyat, riwayat-riwayat dhaif, hadis-hadis ciptaan ataupun ilham peribadi.

Lantaran itu, belajar adalah satu perkara yang wajib dan menjadi wasilah untuk mendapat kefahaman yang jelas terhadap agama dan pengetahuan yang lain. Sebagai contohnya, pemuda-pemuda tidak lari daripada mempelajari hokum-hukum bersuci, sembahyang dan puasa.

Mereka juga tidak boleh lari daripada mempelajari hukum-hukum haji. Seandainya pemuda-pemuda ini seorang yang berharta maka wajar bagiya untuk mempelajari hokum zakat dan jika pemuda tersebut seorang usahawan maka wajib baginya mempelajari hokum-hukum yang berkaitan dengan keusahawanan.

Pemuda-pemuda juga harus belajar daripada pengalaman-pengalaman orang-orang terdahulu dan mengambil seerah Rasulullah sebagai panduan di dalam urusan hidupnya. Namun akibat kecuaian umat Islam suatu ketika dahulu, pemuda-pemuda lebih mengetahui sejarah barat. Malah memalukan kerana mereka engenali Napoleon lebih baik berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Mereka tidak mengetahui melainkan kekejaman Islam dan terpesona dengan peradaban Barat.

Dari sinilah bertolaknya kewajipan pemuda-pemuda Islam untuk memahami Islam diajar secara berperingkat-peringkat. Begitulah juga dengan amalan untuk melaksanakan ajaran Islam. Pemuda-pemuda Islam bolehlah berpada dengan amalan fardhu, kemudian melakukan amalan sunat dan nawafil. Selepas itu mereka cuba untuk melengkapkannya dengan bangun malam dan melipatgandakan amalan-amalan sunat.

full-time-muslimDemikian jugalah dari segi meninggalkan tegahan Allah. Pemuda-pemuda Islam memulakannya dengan meninggalkan perkara-perkara yang jelas haram dan diikuti dengan perkara-perkara syubhat dan makruh dan akhir sekali meninggalkan kebiasaan perkara-perkara sia-sia yang mungkin pada pandangan umum merupakan kebiasaan yang tiada salahnya.

Dia patut memahami Islam sehingga dia mampu menolak sebarang bentuk keraguan dan salah faham terhadap agama Islam. Selain daripada itu, dengan pemahaman yang jitu pemuda-pemuda akan mampu untuk memahamkan orang-orang lain dan menangkis tohmahan orang-orang sesat.

Kedua : Tanggungjawab Beramal Dengan Islam

Pohon yang rendang tidak bermanfaat seandainya tidak mengeluarkan buah. Begitulah perumpamaan seorang yang berilmu tetapi gagal beramal dengan ilmunya. Janganlah pemuda Islam menjadi bahan tempelakan Allah seperti Allah menempelak bangsa-bangsa terdahulu yang menerima kitab samawi dan mereka belajar tentangnya tetapi tidak dengan ajaran yang dipelajarinya.

Firman Allah : Perumpamaan orang-orang yang dipikul ke atas mereka Kitab Taurat , kemudian mereka tidak memikulnya (tidak beramal dengan kandungannya) adalah seperti kaldai yang membawa kitab-kitab tebal. Amat buruklah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu dan allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. ( al Jumu’ah : 5 )

Dakwah Islamiah lebih cepat tersebar melalui Qudwah yang baik yang terpancar melalui akhlak-akhlak dan perilaku umat muslimin. Seandainya pemuda Islam gagal untuk beramal dengan ajaran Islam yang telah dipelajari dan difahaminya, maka usaha penyebaran dakwah akan terbantut. Islam amat indah jika dibaca di dalam buku tetapi dek kerana kesilapan penganutnya yang enggan beramal dengan ajaran Islam secara total maka tampaklah keburukan umat Islam.

Amat menyedihkan umat islam kini tatkala mendengar kata-kata seorang Barat yang baru menganut agama Islam ; “ Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengenalkan aku kepada Islam sebelum aku mengenali orang-orang Islam”.

Ketiga : Tanggungjawab Berdakwah Kepada Islam

Tidak cukup untuk seseorang pemuda memahami Islam dan berjaya membentuk dirinya menjadi seorang yang soleh tetapi dituntut daripada mereka untuk memikul beban dakwah Islam.

Firman Allah : Hai anakku ! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah manusia mengerjakan kebaikan dan cegahlah ( mereka ) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. (Luqman : 17 )

Dewasa ini kejahilan yang melata di dunia menuntut pemuda Islam untuk menjadi seorang pekerja agama buat mengembalikan manusia kepada pengalaman Islam yang mutlak. Tugas ini bukanlah satu tanggungjawab yang ringan dek kerana halangan-halangan daripada manusia sendiri yang bebal untuk menerima Islam sebagai agama yang sempurna. Namun dalam melaksanakan tanggungjawab ini pemuda Islam harus sedar bahawa tiada satu dakwah pun yang tidak akan ditentang. Pemuda Islam harus sedar tiada tugas yang lebih besar yang menanti mereka daripada melaksanakan tanggungjawab berdakwah ini.

Firman Allah : Siapakah yang lebih baik perkataan daripada orang menyeru kepada Allah, mereka mengerjakan amal soleh dan berkata “ Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang menyerah diri “. ( Fussilat : 33 )

Keempat : Tanggungjawab Bersatu Kerana Islam

Pemuda-pemuda Islam yang berkefahaman jitu dan sanggup bekerja untuk Islam seharusnya bertanggungjawab untuk saling Bantu membantu sesame pekerja Islam dan sama-sama berusaha untuk mengembalikan keagungan Islam. Tugas ini amatlah berat dan cita-cita ini tidak akan tercapai sekiranya pekerja-pekerja Islam bergerak secara bersendirian. Islam memerlukan pekerja yang bergerak secara berkumpulan dan jiwa pekerjanya diikat dengan tali kasih sayang dan ukhuwwah walaupun terdapat perbezaan corak kerja antara kelompok-kelompok Islam.

Sekiranya golongan kafir mampu untuk bersatu menentang Islam,kenapakah petugas-petugas Islam tidak mampu berganding bahu dan saling bantu membantu untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah ?

Firman Allah : Dan orang-orang kafir sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Jika kamu ( orang-orang Islam ) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu,nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar. ( al-Anfal : 73 )

Akhir kata inilah empat tanggungjawab yang mesti dilangsaikan oleh pemuda Islam. Mereka sepatutnya memeriksa setiaptanggungjawab ini di dalam dirinya; adakah semua tuntutan ini sudah ditunaikan ataupun pernahkah dia melaksanakan tanggungjawab ini ?. Berbanggalah mereka tatkala hari kemenangan Islam tiba dan mereka merupakan penolong agama allah.

Dan di hari itu bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah. Dia yang menolong sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Pengasih ( ar- Rum : 4-5 )

Semoga kita menjadi batu bata kepada binaan Islam..pewaris Generasi Solahuddin al-Ayyubi…