Surah 28: Al-Qasas (The Stories): Verses 62-88

71. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made night continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you light? Will you not then hear?" 72. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made day continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you night wherein you rest? Will you not then see?" 73. It is out of His Mercy that He has put for you night and day, that you may rest therein (i.e. during the night) and that you may seek of His Bounty (i.e. during the day), and in order that you may be grateful.

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN!!!

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN BULAN AL QURAN

RAMADHAN
BULAN AL QURAN

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

http://www.jheat.terengganu.gov.my

Siri 37/2008

Khutbah Jumaat

Multimedia

19 RAMADHAN 1429H

BERSAMAAN

19 SEPTEMBER 2008M

Tajuk Khutbah

Pesanan Taqwa

  • Tingkatkan Taqwa Ke Hadhrat Allah Taala
  • Junjung Segala Perintah Allah
  • Jauhi Larangan Allah
  • Bahagialah Orang Yang Bertaqwa

Ketahuilah….

  • Ramadhan juga dikenali bulan Al-Quran
  • Bulan diturunkan Al-Quran kepada nabi kita Muhammad s.a.w
  • Al-Quran sebagai pendoman hidup ummat manusia
  • Menerangi kesejahteraan hidup dunia dan kebahagian di akhirat
  • Bahagialah orang berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dansesatlah orang yang ingkarinya.

Firman Allah Dalam Surah Al Baqarah Ayat 125:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ....ألأية

Maksudnya:

Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi petunjuk yang menjelaskan keterangan-keterangan antara yang benar dan yang salah….

IBNU TAIMIYYAH MENEGASKAN:

  • Sesiapa yang tidak baca Al Quran bermakna menjauhkan/meninggalkan Al Quran

  • Sesiapa membaca Al Quran tanpa memahami maknanya juga meninggalkan Al Quran

  • Sesiapa yang baca dan faham maknanya tetapi tidak mengamalkannya juga meninggalkan al quran.

Apakah tanggungjawab kita
terhadap kitab suci Al Quran?

  • Bulan Ramadhan Untuk Muhasabah/Renung Peranan Al QuranDalam Kehidupan Kita


  • Setiap Muslim Mesti Yakin Kepada Kalam Allah Bukan Ciptaan Manusia Mahupun Nabi Muhammad



  • Beriman Kepada Al Quran Termasuk Rukun Iman.

Firman Allah Dalam Surah Al Baqarah Ayat 1 Dan 2:

"الـم .ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ“


Maksudnya:

Alif.Lam.Mim. kitab al quran ini tidak ada sebarang syak padanya(tentang datangnya dari allah dan sempurnanya);ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa

AL QURAN AL KARIM

  • Adalah sumber kebenaran.
  • Tidak ada keraguan padanya.
  • Sebagai jalan hidup yang lurus.
  • Sarat dengan panduan hidup.
  • Dapat memajukan hidup muslim.
  • Sumber ilmu pengetahuan.
  • Meliputi kepentingan duniawi dan ukhrowi.

AL QURAN RUJUKAN UTAMA

  • Mendasari seluruh kehidupan manusia.
  • Elakkan dari menjadikan Al Quranbarangan hiasan yang tergantung di dinding-dinding dan diukir pada perabut semata-mata tanpa mengambil iktibar darinya.

Di antara tuntutan Al Quran yang mesti dilaksanakan ialah:-

Pertama:

Mempelajari Al Quran Dan Mengajarkannya.

Sabda baginda rasulullah s.a.w:

"خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ". (حديث رواية بخاري)

Maksudnya:

“sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran (membaca dan memahami maknanya) dan

mengajarkannya.”

    Kedua:

    Sentiasa membaca Al Quran.

    Sabda rasulullah s.a.w:

    "اقْرَؤُوْا القُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ"

    ( حديث رواه مسلم)

    Maksudnya:

    “Bacalah Al Quran kerana Al Quran akan datang pada hari qiamat memberi syafaat kepada pembacanya.”

Budaya Membaca Al Quran

  • Tidak terhad di bulan Ramadhan sahaja bahkan setiap masa.

  • Tingkatkan kuantiti dan kualiti bacaan Al Quran terutama dalam bulan Ramadhan kerana ganjaran besar yang disediakan oleh Allah melalui amalan-amalan soleh.

  • Menjaga adab dan peraturan membaca Al Quran.

Baginda Rasulullah
Bertadarus Al Quran Bersama Jibril Alaihissalam.

Riwayat ibnu abbas r.a:

"كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ أَجْوَدُ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْل وَكَانَ جِبْرِيْل يَلْقَاهُ فِيْ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَان فَيُدَارِسُهُ القُرْءَان فَلِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ الْمُرْسَلَة." (متفق عليه)

Maksudnya:

“Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh Jibril Alaihissalam datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar Al Quran kepada baginda. Sesungguhnya baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”

    Ketiga:

    Memahami dan menghayati maksud, makna, pengertian yang tersurat dan tersirat dalam kitab Al Quran.

  • Kefahaman yang tepat dan betul amat penting dari isi Al Quran.
  • Dapat memerangi ajaran sesat dan kebatilan.

KEPENTINGAN AS SUNNAH

  • Sumber rujukan utama menerangkan maksud yang kabur dalam Al Quran.

  • Al Quran dan As Sunnah teman serangkai sebagai rujukan utama ummat Islam.

Keempat:
Memahami ayat Al Quran dengan mendalam untuk Taqarrub kepada Allah

Firman Allah dalam surah Al Anfal Ayat 2:

"إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ"

Maksudnya:

”sesungguhnya orang yang beriman itu(yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila di sebut nama allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya menjadikan mereka bertambah iman dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah.”

  • Wajib laksana setiap ajaran Al Quransamada suruhan atau larangan
  • Agar sentiasa berada di atas landasan yang benar lagi lurus.

Kelima :
Menterjemahkan setiap suruhan dan larangan dalam realiti kehidupan.

  • Rasulullah telah melantik sahabatnya Mus’ab bin Umair sebagaiAdda’ie ke Madinah dan digelar oleh masyarakat sebagai Al Muqri’ kerana beliau mengajar dan menyampaikan ajaran Al Quran.

Keenam:
Wajib mengajar, menyampai dan mendakwahkan Al Qurankepada sekalian manusia.

Apakah Kita Telah Beriman Kepada Al Quran Dalam Erti Kata Yang Sebenarnya?. Kalau Belum ..

BERSEGERALAH …

Membuat Perubahan Diri…

BERMUHASABAHLAH!!

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL ISRA’ AYAT 9:

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا.

Maksudnya:

sesungguhnya al quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat benar(agama islam)dan menyampaikan berita yang mengembirakan bagi orang yang beriman yang beramal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang amat besar.

Doa Antara Dua Khutbah

Khutbah Kedua

Pengisian Amalan Hidup Sebelum Bertemu Allah

  • Hayatilah Ajaran Islam Dengan

Mengamalkannya Dalam Kehidupan.

  • Mantapkanlah Keimanan Kita.
  • Lipatgandakanlah Amalan Soleh.
  • Perelokkanlah Akhlak Mulia.

10 Malam Terakhir Ramadhan

  • Jejaki/Carilah Lailatul Qadr ..satu malam Lebih Baik Dari 1000 Bulan bagi mereka yang beramal soleh padanya.

  • TingkatkanAmalanTerawih,tadarus, bertahajud,bersedekah Dan Seumpamanya.

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 277:

"إِنَّ الَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلُوْا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوْا الصَّلاَةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُوْنَ."

Maksudnya:

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh mengerjakan solat serta memberikan zakat mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan dari berlakunya sesuatu yang tidak baik terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Firman Allah Surah Al-Ahzab , Ayat : 56

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan ke atasnya dengan sepenuhnya.

Ya Allah,

Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Memperkenankan Doa.

Ya Allah,

Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Peliharakanlah Zuriat-zuriatnya Serta Kaum Kerabatnya.

Ya Allah,

Peliharakanlah Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dan Selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin Kami Serta Seluruh Umat Islam di Negeri dan Negara Kami.

    Ya Allah, muliakanlah Islam dan orang-orang Isl,am, hinakanklah kesyirikan dan orang yang syirik,musnahkanlah musuh-musuh Allah, dan jadikanlah negeri ini sebagai negeri yang aman makmur .

    Ya Allah..sesungguhnya engkau yang maha pemaaf yang mulia,ampunkanlah kami,ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat.

    Ya Allah,Jadikanlah kesudahan ramadhan bagi kami dengan keredhaanmu.

    Ya Allah, Kurniakanlah Kepada Kami Kebaikan Di Dunia Dan Kebaikan Di Akhirat Serta Hindarilah Kami Dari Seksa Neraka.

Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.


Maka Ingatlah Allah Yang Maha Agung Nescaya Dia Akan Mengingatimu Dan Bersyukurlah Di Atas Nikmat-nikmatnya Nescaya Dia Akan Menambahkan Lagi Nikmat Itu Kepadamu, dan Pohonlah Dari Kelebihannya, Nescaya Akan Diberikannya Kepadamu. Dan Sesungguhnya Mengingati Allah Itu Lebih Besar (Faedah Dan Kesannya) Dan (Ingatlah) Allah Mengetahui Apa Yang Kamu Kerjakan.

Wednesday, August 19, 2009


AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.

Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:

“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.

Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:
“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.


Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.
Seterusnya terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:
“Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir”, kata seorang sahabat, “Ya Rasulullah! Adakah kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?”, Jawab Nabi: “Mereka juga adalah makhluk Allah. Hakikatnya sedekah itu jatuh pada tangan Tuhan Yang Maha Merahmati”.

Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.

Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.

Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.

Dari Zaid bin Thabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: “Berapakah jarak antara keduanya?” Ujar Nabi s.a.w: “50 ayat (lebih kurang 15 minit)”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

أهلا يا رمضان
Ihsan Mimbar Ulama

Tuesday, August 4, 2009

Mengenali perwatakan putera-puteri DUNIA

Perkara yang amat dibimbangi oleh Rasulullah SAW akan berlaku kepada umatnya ialah terlalu menuruti kehendak hawa nafsu dan angan-angan yang panjang.Sesungguhnya angan-angan yang berlarutan akan mengakibatkan manusia lalai daripada mengingati akhirat.Tidak ada pembetulan yang dapat dilakukan atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan,tetapi disanalah tempat bagi manusia merasai kebahagiaan atau penyesalan yang tidak berkesudahan.

Angan-angan tidak ada penghujungnya.Ia tidak berjejak di alam nyata,malah banyak kosong semata-mata.Justeru angan-angan bukanlah cita-cita,kerana cita-cita memerlukan tindakan dan usaha yang bersungguh-sungguh bagi mencapai apa yang diimpikan.Sebaliknya angan-angan adalah khayalan,ibarat lakonan di alam fantasi.Ia adalah seperti mengharungi lautan yang luas yang tidak berpantai.
Orang yang terperangkap dalam angan-angan pasti lupa kepada tujuan hidup di dunia ini.Masa depannya hanyalah khayalan.Jikapun dia tahu tentang akhirat,namun dia tidak begitu meyakininya.Apapun yang akan terjadi kepada dirinya di Akhirat kelak tidak pernah difikirkannya.Sekalipun ada pihak yang mengingatkan dia tentang perlunya membuat persediaan menghadapi hari Akhirat,dia tetap menganggap Akhirat itu masih terlalu jauh dan masa yang ada masih terlalu banyak.
Golongan yang dilalaikan dengan angan-angan sentiasa menangguhkan amalan fardhu atau amal kebajikan.Jika ketika itu telah masuk waktu solat fardu,apabila rakan-rakan mengajak nya pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah,di akan menjawab:"pergilah dulu".Demikian juga andainya dia mempunyai harta dan wang ringgit yang membolehkannya menunaikan fardu haji,dia tidak akan berbuat demikian,sebaliknya akan menangguhkannya dengan berbagai-bagai alasan.
Manusia yang dilamun angan-angan tidak akan menjadualkan masa dalam kehidupan mereka.Masa adalah usia.Walaupun masa berlalu,namun dia tidak berasa usianya semakin susut dan terbuang secara sia-sia kerana lamunan angan-angan yang panjang.Dia tidak pernah terfikir bahawa kematian semakin menghampirinya.
Umur manusia adalah antara anugerah Allah SWT yang amat berharga tetapi terbatas.Umur atau usia yang akan dipertanggungjawabkan ke atas diri seseorang di Akhirat kelak dan dia kan ditanya ke manakah umur itu dipergunakan.
Usia bergerak pergi meninggalkan manusia seperti pergerakan bumi dan cakerawala yang lain,terus melangkah tanpa tangguh.Setelah usia berlalu,tiada sesiapapun yang dapat melambai dan mengajaknya kembali.
Selain itu,Rasulullah SAW menyatakan bahawa Akhirat juga bergerak mendatangi manusia.Apabila umur manusia berjalan pergi dan Akhirat melangkah mendatangi manusia,maka ini bererti akan semakin cepatlah pertemuan manusia dengan Akhirat itu.Ibarat dua orang yang menaiki dua kenderaan yang berbeza dari arah yang bertentangan dijalan raya.Walaupun kedua-duanya bergerak dari jarak yang jauh,namun oleh sebab kedua-duanya bergerak arah yang bertentangan,maka lebih cepatlah kenderaan tersebut bertemu.
Gambaran itu begitu jelas bahawa manusia dan alam Akhirat akan bertemu segera kerana kedua-duanya sedang bergerak pantas untuk bertemu.Hanya orang yang sedang dilamun angan-angan sahaja yang tidak menyedari umurnya sedang bergerak pergi dan Akhirat pula kian mendatanginya.Angan-angan yang panjang melalaikan mereka daripada menyedari hakikat itu.
Orang yang berangan-angan panjang tidak akan memikirkan saat kedatangan Kiamat yang akan menghancurkan alam ini.Justeru,dia tidak pernah memikirkan persiapan bekalan yang patut disediakan semasa hidup di dunia bagi kepentingan Akhirat.Walaupun usia dunia ini adalah seperti orang tua yang sudah terlalu bongkok dan akan menemui ajalnya,namun orang yang sedang dilamun angan-angan tidak akan menyedari hakikat itu.Mereka akan terkejut besar sebaik sahaja dunia ini menemui ajalnya apabila kiamat berlaku.
Dunia mempunyai penyokong dan akhirat juga ada pengikut masing-masing.Kedua-duanya mempunyai putera-puteri masing-masing.Siapakah yang akan menjadi putera dunia serta penyokongnya dan siapa pula yang menjadi putera akhirat dan penyokongnya?Kesemuanya dapat dikenali melalui tingkah laku,sikap dan pendirianmereka kerana setiap pendirian dan sikap seseorang akan membuahkan tindakan.
Siapakah putera dunia?Mereka adalah orang-orang yang mentaati hawa nafsu atau menjadikan nafsu sebagai tuhan.Mereka berasa bahagia terhadap seruan mungkar,menghayatinya dengan segala keupayaan diri dan kekutan harta benda,serta berasa bahagia apabila berada dalam suasana mungkar itu.Mereka yang melakukan sebarang usaha hanya untuk kesenangan hidup di dunia yang sementara ini,adalah tergolong sebagai putera dunia.
Putera dunia adalah mereka yang bergiat di sekeliling kehidupan duniawi tanpa menghubungkannya dengan Akhirat.Mereka memiliki kesenangan hanya untuk kepentingannya sendiri.Orang lain seolah-olah tidak ada kaitan denagn dirinya,sekalipun disekeliling mereka ramai orang yang menderita.
Sementara itu,putera Akhirat adalah orang yang kehidupannya berteraskan akidah yang sebenar serta amalan yang bersumberkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.Putera akhirat adalah orang yang mempertahankan kebenaran islam,sedia mempertaruhkan jiwa dan raga demi membela islam,selain menghindari dan memerangi segala yang berbentuk mungkar serta maksiat.
Putera dunia dan putera akhirat mempunyai perbedaan yang jelas.Antara kedua-duanya yang berlainan anutan itu tidak mungkin bersatu.

Sunday, August 2, 2009

BERJAYA krn menghayati AL-FATIHAH

Setiap Insan mempunyai dua kekuatan yang bakal mendorongnya ke arah kejayaa. Kekuatan Ilmu teori yang dipelajari dan kekuatan Amalan yg lahir melalui kehendak. Demikianlah kejayaan dan kebahagiaan itu bakal dikecapi sekiranya kedua-dua kekuatan ini sempurna.

Untuk mencapai kesempurnaan kekuatan yang pertama iaitu kekuatan ilmu, individu itu mesti mengenali penciptanya, mengetahui nama-nama dan sifat-sifatNya, mengenal jalan-jalan untuk berhubung denganNya dan juga mengenal ujian-ujian dariNya. Selain itu, ia perlu juga mengenal dirinya sendiri tentang kelebihan dan juga kekurangannya. Demikianlah ciri2 yang perlu ada dalam diri individu yang ingin memenuhi kekuatan Ilmunya.

Kesempurnaan yang kedua, kesempurnaan kekuatan Amalan, ia tidak akan dapat dicapai kecuali dengan mengetahui hak-hak Allah terhadap hambanya terlebih dahulu, melakukan setiap amalan itu dengan ikhlas, jujur, ehsan keranaNya, mengikut sunnah Rasulullah, dan mensyukuri segala kurniaanNya.

Begitulah hubungan orang Islam dengan Allah Tuhan langit dan bumi ini. Menjalani kehidupan di dunia ini dengan iringan kesedaran yang berterusan tentang hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang patut dipenuhi oleh seorang hamba kepada penciptanya.

Oleh itu, dalam menyempurnakan kekuatan Ilmu dan Amalan ini kita hanya memerlukan pertolongan atau ma'unah daripada Allah iaitu petunjukNya yang satu ( صراط المستقيم ). Petunjuk dan hidayah yang pernah diturunkan kepada para Auliya' dan Anbiya' sebelum ini demi memelihara Ilmu dan Amalan mereka. Sekiranya Ilmunya itu musnah, maka ia akan tergolong dalam golongan yang sesat ( الضالين ) dan sekiranya Amalannya pula musnah dek ketandusan hidayah ini, ia akan tergolong dalam golongan yang dimurkai ( المغضوب عليهم).

Kesempurnaan Insan dan kebahagiaannya itu amat memerlukan kepatuhan terhadap undang-undang Allah yang telah dinukilkan di dalam Al-Quran Al-Karim. Sesungguhnya isi kandungan keseluruhan al-quran itu terkandung di dalm surah AL-FATIHAH. MasyaAllah...begitu sempurna dan unik undang-undang Allah itu.

Bermula dengan ( الحمد لله رب العالمين ، الرحمن الرحيم ، مالك يوم الدين ) . Pada potongan awal surah ini terdapat satu tuntutan mengenal Allah s.w.t, nama2Nya, sifat2Nya dan sunnahNya. Nama-nama yang terkandung dalam potongan pertama itu adalah asas terbinanya nama2 Allah Mulia (Asma' Al-Husna). الله...الرب..الرحمن.. merupakan 3 nama asas bagi 99 atau 100 asma'ul husna itu. Nama الله itu menunjukkan sifat Allah yang
Uluhiyyah dan nama الرب menunjukkan sifat Rububiyyah Allah s.w.t. manakala nama الرحمن itu terkandung dalamnya sifat pemurahNya, kasih-sayangNya, ihsanNya dan sebagainya. Dan begitulah nama2 dan sifat2Nya yang lain itu berdiri di atas 3 nama asas tersebut.

Disambung lagi dengan ayat ( إياك نعبد وإياك نستعين ) .Potongan kedua ini terkandung di dalamnya tuntutan mengetahui jalan untuk berhubung dengan Allah s.w.t. Beribadah kerana Allah bukan bermaksud melakukan amalan untuk mendapat kasih sayang dan redhoNya sahaja, tetapi juga untuk mendapat perlindungan dariNya. Hanya selayaknya kepada Allah s.w.t kita menghambakan diri dan meminta pertolongan. ( اهدنا الصراط المستقيم ) Ayat ini pula menerangkan bahawa manusia ini hanya akan mencapai kebahagian dan kejayaan jika ia istiqamah di jalan yang satu2nya benar itu (
sirotol mustaqim) . Dan untuk mencapai tahap istiqomah di jalan yang benar ini, ia memerlukan Hidayah dari Allah s.w.t. Seperti mana ia amat memerlukan pertolongan atauma'unah Allah dalam beribadah,.. begitu juga ia amat memerlukan hidayah untuk istiqomah di jalan yang benar ini.

( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ) Akhir sekali...Allah menerangkan dua cabang kecenderongan sekiranya manusia tidak istiqomah di jalan yang benar itu. Samaada cenderong kepada golongan yang sesat kerana kemusnahan Ilmu dan kepercayaannya atau cenderong kepada golongan yang mendapat kemurkaan Allah s.w.t kerana musnahnya matlamat dan amalannya.

Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa pada permulaan surah al-fatihah ini adalah rahmat, pertengahannya adalah hidayah, dan penghujungnya adalah nikmat. Maka beruntunglah kepada sesiapa yang mendapat Nikmat kerana ia telah dikurniakan Hidayah, dan beruntunnglah kpd sesiapa yang mendapat Hidayah kerana sesungguhnya ia telah dikurniakan Rahmat dari Allah s.w.t. Semuanya kembali kepada Nikmat dan RahmatNya yang didasari oleh
Rububiyyah Allah s.w.t yg memberi nikmat dan pemberi rahmat itu, dan Uluhiyyah Allah s.w.t yang Hak yang selalu ditentang oleh musyrikin dulu kini dan selamanya.

Maka berjayalah sesiapa yang mempelajari, menghayati dan mengamalkan makna surah al-fatihah dimana2 shj ia berada dan di segenap amalan baik yang dilakukannya terutama dalam ibadah khususiyyah. Semoga kalian pembaca akan diangkatkan darjat di sisi Allah dan juga di sisi orang awam yang turut melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wallhu a'lam..

Sunday, July 26, 2009

Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana jilbabnya



Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana jilbabnya

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

dari: www.niknasri.com

Saturday, July 11, 2009

sebagai renungan.​.​.​baca2.​.​

by:munyatul musolli

"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-​penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-​gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undangi tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-​perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.

Thursday, July 2, 2009

Allah menjawab setiap ayat yang dibaca didalam surah al-Fatihah

Hubungan orang yang mengerjakan solat dengan Allah s.w.t

Orang yang mengerjakan solat mempunyai hubungan yang amat rapat denagn Tuhannya,Allah s.w.t. kerana solat itu mengandungi puji-pujian,istighfar,doa,meminta pertolongan dan bantuan,dan seterusnya membuat pengakuan kepada Allah s.w.t.
Dalam hal ini Rasulullah menjelaskan mengenai surah Al-Fatihah yang dibaca oleh orang yang mengerjakan solat dengan sabdanya bermaksud: Allah Taala berkata:Aku bahagikan solat itu kepada 2 bahagian,dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta.
Apabila orang yang solat itu membaca:
Maksud:
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
ALLAH menjawab: HambaKU telah memuji akan DAKU..

Maksud:
MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
ALLAH menjawab: HambaKU telah menyanjung DAKU

Maksud:
Yang menguasai hari pembalasan.
ALLAH menjawab: HambaKU telah mengagungkan DAKU..

Maksud:
Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan
ALLAH menjawab:
Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja.

Maksud:
Berilah kami petunjuk ke jalan yang lurus

Maksud:Jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka

Maksud:Bukan jalan orang yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan jalan orang yang sesat,
ALLAH menjawab:

Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon.