Surah 28: Al-Qasas (The Stories): Verses 62-88
SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN
Thursday, August 26, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Thursday, August 19, 2010
Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Ramadhan
Sumber :
Posted by Hatake kakashi at 9:35 PM 0 comments
Labels: ilmu n amal
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan ohh ramadhan..
Bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang padanya penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Taala. Jadi tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadhan ini maka Rasulullah S.A.W. dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Pada bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam diperintahkan untuk berpuasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Maka perintah seperti ini sudah pastilah mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu untuk diberikan kepada manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183).
Berapa ramaikah daripada kalangan kita yang tidak tercapai hasratnya untuk merasai kemanisan dan kelazatan berada di bulan Ramadhan ini kerana telah dijemput menghadap Allah Taala terlebih dahulu? Berapa ramaikah yang masih mengharapkan tarbiah dan kelebihan dari Ramadhan untuk persiapan dirinya ketika mendapat Allah Taala akan tetapi ajalnya datang terlebih dahulu? Hakikatnya ialah kita dipilih oleh Allah Taala sekali lagi untuk mengecapi bulan Ramadhan ini. Oleh sebab itulah maka bersyukurlah di atas kesempatan yang telah diberikan oleh Allah Taala ini untuk melaksanakan segala perintahNya dan rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Semoga artikel ringkas yang saya sediakan ini dapat menjadi peringatan supaya kita tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah Taala pada Ramadhan kali ini. InsyaAllah.
ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN
Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
(Surah al-Baqarah: ayat 185).
Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5).
ANTARA PERISTIWA PADA BULAN RAMADHAN (BULAN KEMENANGAN)
Peperangan Badar al-Kubra.
Pererangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.
Pembukaan Makkah.
Berlaku pada 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
Peperangan al-Qadisiyah.
Berlaku pada tahun 14 Hijrah.
Pembukaan Andalusia.
Berlaku pada tahun 92 Hijrah.
Peperangan Hittin.
Berlaku pada tahun 583 Hijrah.
Kekalahan Tentera Tartar.
Berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Kekalahan Israel.
Berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.
KEKUATAN RAMADHAN MENGHADAPI SYAITAN
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Syaitan merupakan musuh tradisi kepada anak Adam. Permusuhan ini bermula sejak dari penciptaan Nabi Adam A.S. sehinggalah ke hari qiamat. Janganlah sesekali anak Adam tunduk mengabdikan diri kepada tuntutan syaitan yang akan terus-menerus menyesatkan manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu inilah jalan yang lurus.
(Surah Yasin: ayat 60 dan 61).
buluh.iluvislam.com
--------------------
Persiapan Diri Untuk Menyambut Kedatangan Ramadan al-Mubarak
Sahabat yang dimuliakan,
Apabila berada saja kita dibulan Syaaban maka teringatlah kita bahawa Ramadan sudah hampir. Bulan yang penuh keberkatan.
Orang Mukmin yang hati dan jiwanya sentiasa berhubung dengan Allah akan menanti kehadiran Ramadan al-Mubarak adalah umpama penantian sepasang suami isteri yang bahagia menanti kelahiran anak pertama mereka, dengan penuh gembira dan debaran. Persiapan dibuat rapi, persalinan dan pakaiannya telah disediakan awal, takut bila-bila masa, bayi yang dinanti akan lahir kedunia.
Apakah kita merasai perasaan yang sama? Berapa kalikah dalam kehidupan kita telah kita lalui kehadiran Ramadan, adakah setiap kali ia datang telah menambahkan takwa kita kepada Allah? Atau adakah ia datang dan pergi sama dengan bulan-bulan yang lain?
Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadan akan tiba, oleh itu saya mengajak diri saya dan diri sahabat semua, untuk Ramadan kali ini kita membuat persiapan awal lebih rapi dan teliti. Kita penuhi keperluan empat fakulti insan iaitu persiapan jiwa (spritual), fikiran (mental), perasaan (emosi) dan badan (fizikal). Apabila lengkap persiapan ini, insya Allah kualiti puasa dan ibadah kita akan lebih baik untuk kita persembahkan kepada Allah s.w.t.
Terdapat sepuluh persiapan untuk kita menyambut kedatangan Ramadan al- Mubarak :
1.Berdoa kepada Allah s.w.t. semuga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan ketika kedatangan bulan Ramadan :
Nabi s.a.w berdo'a : "Ya Allah! Berkatilah kami didalam Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami kebulan Ramadan"
2.Bersyukur dan memuji Allah diatas kedatangan bulan Ramadan.
3.Gembira dan teruja dengan Ramadan :
Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Apabila tibanya malam bulan Ramadan syaitan dan jin jahat diikat, ditutup pintu-pintu Neraka, dibuka pintu-pintu Syurga dan malaikat menyeru, 'Hai mereka yang mencari kebaikan ayuhlah, hai mereka yang mahu melakukan kesalahan tangguhlah,' setiap malam Allah akan memerdekakan hambaNya dari api Neraka."
4.Menyediakan perancangan yang rapi untuk manfaatkan bulan Ramadan dengan sebaik mungkin.berazam untuk khatam 30 juzuk al-Qur'an.
5.Membuat keazaman yang jujur untuk merebut dan memenuhkan setiap masa didalam bulan Ramadan dengan melakukan amalan-amalan yang soleh,memulakan bersedekah, mengasihi , merai dan mengingati anak-anak yatim dan membatu fakir miskin.
6.Mempelajari dan memahami hukum -hakam berkaitan Ramadan.
7.Kita menyambut kedatangan Ramadan dengan keazaman untuk bertaubat dan meninggalkan kesemua dosa dan maksiat.dan berazam untuk mendapat malam Lailatul qadar (lebih baik dari seribu bulan) .
8.Membaca buku-buku, ceramah serta pengajian yang dapat menyemarakkan semangat untuk melakukan ketaatan didalam bulan Ramadan.
9.Membuat persiapan menjadi pendakwah didalam bulan Ramadhan iaitu menyebarkan risalah-risalah dan adakan perbincangan yang berkaitan puasa dan hukum-hukumnya.
10.Membukukan lambaran baru hubungan kita dengan :
a. Allah s.w.t. iaitu bertaubat dan berdoa dan mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
b.Rasulullah s.a.w. iaitu mentaati segala perintahnya dan menjauhi larangannya dan mengamalkan sunnahnya.
c. Ibu bapa , suami,isteri,anak-anak dan saudara mara iaitu dengan melakukan kebaikan dan menyambung hubungan silaturrahim.
d.Mesyarakat iaitu membina perhubungan persaudaraan Islam dan mendidik mereka untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan bertakwa.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setelah kita atur semua program dan perancangan yang akan kita laksanakan dalan bulan Ramadan ini, kita perlu pastikan dihari pertama Ramadan terus dilaksanakan tanpa ada apa-apa alasan, beristiqamahlah hingga akhir bulan Ramadan. Insya Allah ibadah puasa yang kita laksanakan akan mendapat markah penuh iaitu bertakwa kepada Allah s.w.t.
Apabila kita berniat dan berazam dengan sepenuh hati untuk memiliki puasa yang terbaik dan dibulan Syaaban ini kita mulakan persiapan maka Allah s.w.t akan memberi kekuatan dan mengkabulkan hajat kita ini.
Aun bin Abdullah berkata: Dahulu orang-orang soleh menulis surat kepada sahabatnya tiga kalimat;
1. Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupi segala urusan dunianya.
2. Dan siapa yang memperbaikki niatnya, maka Allah akan memperbaikki zahirnya.
3. Dan sesiapa yang memperbaikki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaikki hubungannya dengan sesama manusia.
Nabi s.a.w bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "
Posted by Hatake kakashi at 7:14 AM 0 comments
Labels: ilmu
Sunday, August 1, 2010
Empat Soalan Yang Akan di Tanya di Akhirat Nanti
Sahabat yang dihormati, Ilmu yang kita miliki mestilah diamalkan. Kita diwajibkan menuntut ilmu sejak dalam buayan hinggalah keliang lahat. Setelah ilmu difahami maka perlulah berusaha untuk merelisasikannya dalam kehidupan. Apakah umat Islam yang melakukan maksiat dan dosa mereka tidak berilmu? Mengikut kajian sebahagian besar daripada mereka mengetahui hukum hakam tetapi tetap juga melakukan perkara yang dilarang Allah s.w.t kerana dorongan nafsu dan hasutan syaitan. Sebahagian pula memang jahil tentang hukum hakam agama. Orang jahil akan ditanya pula kenapa mereka tidak mahu belajar dan menuntut ilmu, mereka tetap mendapat balasan diatas kejahilan mereka. Untuk melaksanakan ilmu yang dimiliki perlu kepada suasana yang baik, perlu mendekati alim ulama' dan bersahabat dengan orang-orang yang baik akhlaknya dan mengikuti program usrah dan halakat. Dari sinilah kita mempunyai kekuatan untuk melaksanakan kebaikan dan amal soleh, kerana proses nasihat-menasihat dan tegur menegur akan berjalan. Oleh itu setiap kita perlulah mengambil perhatian tentang empat perkara seperti hadis diatas, apabila kita melaksanakan dengan baik keempat-empat perkara tersebut maka kita akan lulus ujian lisan yang akan ditanya kepada kita kelak. Bila ujian lisan lulus alhamdulillah ianya akan memudahkan kita untuk lulus ujian-ujian lain pula. post by:abubasyer
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :
Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)
Sahabat,
Ketika di Hari Qiyamat nanti soal siasat yang pertama diajukan adalah umur yang dihabiskan di dunia. Adakah umur ketika di dunia banyak dihabiskan untuk mengerjakan amal soleh atau mengerjakan maksiat atau masa berjalan dan habis begitu sahaja tanpa di isi dengan kerja-kerja yang berfaedah.
Ingatlah masa itu adalah kehidupan, tidak berlalu masa itu melainkan habis kehidupan kita, dan ianya tidak boleh digantikan lagi selama-lamanya.
Oleh itu apa yang boleh kita lakukan adalah kita merancang dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab untuk masa sekarang dan akan datang agar masa dan umur kita dapat dimanfaatkan tanpa mengalami kerugian. Pergunakanlah sepenuh masa dan tenaga yang ada untuk melaksanakan amal ibadah dan amal soleh untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.
Remaja Muslim yang sepenuh masa menuntut ilmu semestinya berhati-hati menguruskan masa. Tidak boleh membiarkan masa berlalu dengan sia-sia atau yang dimurkai Allah. Alangkah ruginya kita jika tidak dapat menyelamatkan diri bila berhadapan dengan Allah nanti.
Ujian semasa muda juga agak berat kerana ketika inilah darah muda sedang membara dan naluri semula jadi remaja ingin mencari pasangan hidup yang serasi atau ingin berpoya-poya dahulu sebelum memasuki alam perkahwinan. Amat malang apabila mereka ingin mencuba sesuatu perbuatan maksiat yang membawa kepada dosa besar. Ketika inilah ramai para remaja tewas, tidak dapat mencari nilai kebahagiaan sebenarnya. Kenapakah hadis Nabi s.a.w mengkhususkan masa remaja dan ujian diwaktu itu ?
Kalau kita perhatikan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang banyak berlaku dikalangan muda mudi Islam sebagai contoh penagihan dadah, kes buang anak, bohsia, bohjan, mat rempit, kes ragut, perzinahan, gengsterism dan minum arak dan berbagai-bagai lagi, adalah disebabkan para remaja tidak di tarbiyyah dengan asas agama yang kuat, dan mudah terpedaya dengan nafsu muda dan hasutan syaitan.
Sepatutnya ketika usia remaja, mereka melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berguna, ilmu agama, kemahiran dan menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan amal-amal soleh kerana persiapan yang sempurna nanti sebagi pengganti generasi yang terdahulu sebagai pemimpin dan pendidik yang berfikiran jauh. Sesungguhnya kejayaan dan kejatuhan sesuatu umat bergantung kepada kekuatan pemuda dan pemudinya, bila baik dan kuat dari segi akhlak, keimanan dan pengetahuan maka akan baik dan majulah sesuatu umat itu. Sebaliknya apabila runtuh akhlak dan keperibadian mereka maka umat itu akan runtuh dan amat sukar untuk dibangunkan semula.
Sahabat,
Harta kekayaan yang kita miliki akan ditanya di hari akhirat nanti, dari mana diperolehi dan kemana dan bagaimana ianya di belanjakannya.Oleh itu kita perlu berhati-hati mencari sumber rezeki pastikan ianya didapati bukan dari sumber yang haram. Sumber rezeki yang termasuk didalam kategori haram adalah seperti berikut :
1.Bekerja dengan syarikat penerbangan, kilang arak, pasaraya, restoran yang menjual, memproses dan menghidangkan arak.
2 Bekerja dengan syarikat insuran, perbankan, kewangan, money lender dan 'along' mengandungi unsur-unsur riba'.
3.Mengambil rasuah.
4.Bekerja dikelab-kelab malam sebagi penari, teman sosial, penyanyi, pemuzik yang jelas suasana kerja disitu pergaulan bebas lelaki dan wanita, terdapat minuman keras dan suasana kerja yang meruntukkan akhlak seorang Muslim.
5. Memakan harta anak yatim (sekiranya pembahagian faraidh tidak disempurnakan dan pembahagian harta dibuat secara adil).
6. Mendapat keuntungan dalam perniagaan secara menipu atau mengurangkan spesifikasi yang ditetapkan pelangan.
7. Menjual barang-barang haram seperti dadah. daging babi dan arak dan lain-lain lagi.
Sahabat,
Bagaimana hidup kita hendak mendapat keredhaan Allah, dan Allah menerima do'a kita kalau sumber rezeki kita diperolehi dari sumber yang haram dan makanan yang masuk dalam perut kita juga haram! Betapa ramainya umat Islam yang bekerja ditempat-tempat yang dinyatakan diatas. Semua ini akan ditanya oleh Allah s.w.t. dihari akhirat nanti, kerana sedekah dan zakat dari sumber yang haram tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
Sekiranya sumber harta kita dari sumber yang halal, kita akan ditanya kemana harta kita digunakan dan dibelanjakan, andaikata kita gunakan untuk menyara keluarga, menuntut ilmu, sedekah pada fakir miskin dan anak-anak yatim, kerja-kerja dakwah,amal jariah,pembangunan masjid dan surau, membantu sekolah agama dan tahfiz, kerja-kerja kebajikan dan menegakkan syiar Islam, maka alhamdulillah, kesemua ini adalah merupakan amalan soleh yang akan mendapat balasan pahala disisi Allah s.w.t. Tetapi sekiranya kita gunakan harta yang dimiliki membantu kerja-kerja maksiat, menjalankan kerja-kerja yang di haramkan Allah s.w.t. dan tidak mahu berzakat dan bersedekah maka kita akan mendapat balasan siksa yang berat di Hari Qiyamat nanti.
Posted by Hatake kakashi at 9:02 AM 0 comments
Labels: renung..
Monday, July 26, 2010
10 Sebab Doa Terhijab..
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku (Allah) maka (jawablah) bahawa Aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik.” Ramai manusia mengeluh bahawa doanya, masih belum diperkenankan Tuhan. Setiap pagi dan malam dia menadahkan tangan bermohon kepada Allah tetapi apa yang dimintanya tidak kunjung tiba. Timbul pertanyaan didalam hatinya: Kenapakah permohonannya itu masih belum dikabulkan Tuhan? Jarang orang berusaha untuk melakukan penelitian apakah sebab-sebabnya. Pada hakikatnya sebab-sebabnya itu banyak, terletak pada diri sendiri. Kerana salah satu syarat yang penting untuk mendapat pengabulan doa dari Ilahi haruslah doa itu doa itu disertai dengan hati yang khusyuk, bukan berdoa hanya dimulut sahaja. Tidak ada ertinya mulut yang kumat-kamit sehingga kering tekak tetapi hati menerawang ke alam lain, jiwa tidak khusyuk menghadap Allah swt. Dalam salah satu hadis dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk doa yang diperkenankan Allah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Apabila kamu meminta kepada Allah bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. Allah tidak memperkenankan doa seorang hamba yang hatinya lalai.” Dari hadis tersebut, ditegaskan oleh Rasulullah supaya setiap orang yang berdoa harus yakin bahawa doanya akan diperkenankan Tuhan samada segera atau lambat. Yakin itu timbul apabila seluruh jiwa dan raga dipusatkan menghadap Allah swt. “Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”
1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).
2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.
3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.
4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.
5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.
6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.
7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.
8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.
9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.
10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.
nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga Dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah..
Posted by Hatake kakashi at 12:02 AM 0 comments
Labels: renung..
Saturday, July 17, 2010
KASIH SAYANG ALLAH PADA YANG TAUBAT


copy by:http://budriez.wordpress.com
:Renungkanlah.. secebis kehidupan kisah benar seorang gadis bernama Anita (bukan nama sebenar) menceritakan kisah hidupnya. Semoga kisah hidup gadis ini dapat kita mempelajari dan memahami bagaimana hendak membimbing gadis-gadis atau remaja yang bermasalah ataupun yang bergelumang seperti Anita. Jadikanlah kisah hidupnya sebagai pengajaran kepada kita semua untuk membimbing orang-orang seperti Anita balik kepangkal jalan yang sebenar.
Semasa saya dan kawan-kawan bergelumang dengan sejarah hitam itu, ada di antara mereka merintih kepadaku sambil menitiskan air mata, “Kalaulah boleh aku tinggalkan alam yang sedang aku gelumangi ini dengan mudah, ingin aku tinggalkan. Tapi bagaimana? Dah begini jauh terlanjur. Ingin rasanya ada seorang manusia yang dapat memimpin aku ke jalan yangbenar…….â€
Aku tidak pernah menduga mengulangi sejarah hitam itu.
Kalau aku ingatkan kembali, berderai air mataku dan aku memohon pada Allah, semoga aku tidak lagi terjerumus ke lembah itu. Cukuplah hanya sekali didalam hidupku. Tidak pula aku terniat untuk mencuba lagi.
Pada waktu itu aku mengalami masalah hidup yang benar-benar menekan jiwa. Untuk melupakan masalah itu,aku mendapatkan pil tidur agar aku dapat tidur sepanjang hari. Memang dengan pil itu, aku boleh tidur sepanjang hari. Tapi untuk apa? Sampai bila? Akhirnya aku bosan dan benci. Walaupun rasa ketagih itu ada,tapi aku lawani juga.
Lama kelamaan, aku tidak dapat menahan nafsuku. Aku mencari pil yang lebih berkesan. Entah apa petaka yang menimpa aku hari itu, aku ternampak seorang rakanku yang memegang pil Rochee. Aku tahu, pil itu sejenis dadah yang termurah dan paling mudah diperolehi. Aku meminta dari rakanku itu dua biji. Malang sungguh,rakanku itu begitu bermurah hati. “Ambillah, aku sedekah. Bagi percuma aje,†katanya.
“Terima kasih, hanya Allah sajalah yang membalas budimu,†kataku bodoh. Aku terus menelannya tanpa membuang sarungnya. Aku terdampar di katil dalam keadaan khayal. Kepalaku pening. Entah apa yang aku lakukan dan aku cakapkan ketika itu aku pun tak tahu.Hinggalah akhirnya aku tertidur. Bila aku tersedar,aku tak tahu lagi dan tidak ingat tentang hari. Aku memandang jam di dinding; tepat pukul dua belas. Diluar gelap, menunjukkan hari telah malam. Dan peristiwa Rochee tadi juga berlaku pukul dua belas.tapi dua belas tengahari.
Aku termangu. Fikiranku kusut. Tak tahu apa yang harus aku lakukan. Rakan-rakan juga terdampar di katil masing- masing tanpa sedarkan diri.
Apabila pulang ke rumah, aku dicaci maki dan dimarahi oleh ayahku, tapi aku pekakkan telinga.
Begitulah aku setiap malam dan setiap hari. Hidup tanpa pedoman dan haluan. Hidup seperti sampah terbuang, seperti dedaun kering yang tiada erti.Kepada siapa aku mahu mengadu? Aku tak tahu……
Suatu hari ayahku mendapat tahu aku menggunakan wang belanjaku untuk membeli cocaine, sejenis dadah yang lebih berat daripada Rochee. Ayah semakin berang.
“Berambus kau dari sini, anak tak guna! Tak tahu diuntung! Kau menconteng arang di mukaku! Jangan balik lagi ke rumah ni. Hidup mati kau pun, aku tak mahu ambil tahu. Biar kau mampus seperti katak! Maki ayahku.
Aku tidak tahu ke mana untuk dituju. Ke rumah kawan?Sorrylah! Ada duit, boleh buat kawan. Tak ada duit,kawan pun buat tak kenal. Dengan langkah yang lemah aku berjalan tanpa haluan. Di belakang sebuah pasaraya aku meletakkan punggungku di atas beg pakaianku. Aku termenung, memikirkan nasib diri dan masa depanku yang hitam dan gelap. Jiwaku kosong dan sepi.
Aku teringat betapa pada satu ketika aku pernah beberapa kali dibawa berjumpa pakar sakit jiwa. Setiapkali ke situ, pakar sakit jiwa itu menasihati aku supaya cuba melupakan segala masalah. Caranya, cuba disiplinkan diri. Buat jadual hidup. Aturkan untuk tidur, selama lapan jam sehari. Aturkan juga waktu untuk membaca, untuk rehat, untuk rehlah dan sebagainya. Dinasihatkan juga agar selalu tenangkan fikiran ke pantai-pantai atau ke tempat-tempat yang tenang yang boleh membuka fikiran. Ah! Aku benci dengan nasihat seperti itu. Nasihat yang di luar kemampuanku untuk mempraktikannya. Aku inginkan rawatan intensif.
Tiba-tiba “Anak ni nak ke mana? Seperti orang susah hati aje?†Sapa satu suara. Aku terperanjat dan seorang lelaki separuh umur berketayap putih sedang memandangku. Terkejut aku, dan dengan tiba-tiba aku bangun. Aku mahu lari.
“Jangan takut, nak, saya bukan mahu buat apa,†Kata lelaki seperuh umur itu lembut. Dalam kepalaku hanya berfikir, apakah ini orang dari jabatan agama?
“Anak ada masalah ni, mari ikut pakcik.†Aku mengeleng dan mula menangis. Aku terharu kerana sekian lama aku duduk di belakang pasaraya ini, tak ada manusia seorang pun yang memperdulikanku. Tiba-tiba lelaki ini muncul dan mengambil berat tentang diriku. Aku malu.
Lelaki itu menggamitkan tangannya ke arah sebuah kereta. Dari dalam kereta itu keluar seorang perempuan seperuh umur.
“Ajak dia ke kereta, dia ni ada masalah ni,†kata lelaki itu. Dia dan pemuda bertetayap tadi kemudiannya bergegas ke kereta.
“Mari nak,†kata perempuan separuh umur itu sambil menarik tanganku dan mengambil begku dan membawanya kekereta.
Aku akur. Sesampai di kereta, ketagihanku mula datang.Tubuhku menggiggil kesejukan. Tekakku mual. Aku menangis dan tak tahu apa yang aku cakapkan.
“Eh, bang! Tengoklah, bang. Dia muntah-muntah kuning ni! Busuknya bang! Jerit perempuan separuh umur itu.
“Ye! Aku tahu! Sejak kau dan Mal shopping di atas tadi, aku perhatikan dia. Dia ni bermasalah. Kita wajib menyelesaikan masalahnya. Berdosa kalau kitamembiarkannya.†Isterinya terdiam.
Sesampainya di rumah mereka, aku terus diberi minum.“Ini air Yasin, penawar bagi segala penyakit. Minum,baca Bismillah dan selawat dulu, ye nak! beritahu perempuan itu. Akhirnya aku terlena dalam keletihan.
Apabila aku tersedar, aku disuruh mandi dan diberi minum air Yasin lagi. Perutku mula terasa pedih.“Lapar, nak? Mari kita makan kerana entah berapa lama perutku tak berisi.
Selepas makan aku tertidur lagi keletihan. Rasa gian masih lagi terasa. Tapi aku tahankan. Apabila aku tersedar lagi, wanita itu masih di sisiku. Dia mengurut- ngurut belakangku. Dadaku terasa sebak. Aku menangis kerana teringatkan ibu.
“Bersabar nak, cuba ceritakan masalah anak!†pujuknya.Lalu aku bangun dan menceritakan apa yang terjadi.
Dengan lembut, wanita itu memberikan nasihat. “Nak!Jangan kita rasa dunia ini kosong. Sebenarnya, adalagi tempat untuk kita mengadu dan mencurah rasa. Dia ialah Allah yang Maha Kuasa. Ceritakanlah masalah anak itu kepada Allah. Dialah penyelesai masalah yang paling tepat, kerana Dia Maha Mengetahui. Dia sentiasa mendengar rintihan hamba-hamba- Nya kerana Dia Maha Penyayang.â€
“ Walaupun saya jahat?†Tangisku.
“Orang yang rendah hati dan merasa dirinya jahat itulah yang dikasihi Allah, nak. Bukan orang yang kuat ibadah tetapi tidak merasa rendah diri dan merasa sudah selamat dengan ibadah yang banyak. Allah itu Maha Penyayang. Dia mendengar rintihan hamba-hamba- Nya yang berdosa sekalipun.â€
Aku terharu mendengar pujukan itu.
“Kembalilah ke jalan Allah, nak. Sucikanlah hati kita dengan zikir, dan sentiasa mengingati Allah agar kita menjadi tenang. Nah, sekarang pergi ambil air sembahyang. Pergilah sembahyang.Adukanlah segala masalahmu itu kepada Allah. Minta ampun dan bertaubatlah sungguh-sungguh kepada Allah,†pujuknya lagi. Aku akur.
Sebulan lamanya aku tinggal bersama keluarga itu. Aku sudah mula pandai sembahyang, yang entah berapa lamaaku cuaikan selama ini. Banyak ilmu agama yang aku pelajari, tentang kewajipan menutup aurat, taat kepada ibubapa, tentang bersuci, tentang sifat-sifat mahmudah seperti sabar, redha, pemaaf, dan seribu satu macam ilmu yang amat bermanfaat bagiku, yang selama ini tidak pernah ku ketahui. Memang benar, apabila ilmu Allah dimasukkan ke dalam hati, fikiran menjadi tenang, kerana hati meminta fitrahnya, Jika hati tidak dimasukkan perkara yang fitrah, itulah yang menyebabkannya resah gelisah.
“Mak…..†kataku suatu hari. Aku menganggap dia sebagai ibuku sendiri, dan dia tidak keberatan aku memanggilnya ‘emak’.
“Ya, nak,†jawabnya lembut.
“Apa pendapat emak apabila seorang anak yang terjerumus seperti saya ni, tiba-tiba dihalau dan dipulau oleh keluarganya sendiri mahupun masyarakat?â€
“Ayah dan keluarga mahupun masyarakat itu tidak bijak.Sebenarnya, dengan menghalau atau memulau itu menimbulkan lagi masalah kepada masyarakat dan menimbulkan masalah lain kepada anak itu. Sepatutnya mereka mesti mencari jalan penyelesaian.â€
Aku terdiam. “Bagaimana kalau saya pulang ke kampung saya, mak. Adakah mereka mahu menerima saya?â€
“InsyaAllah! Berharaplah pada Allah. Rumah ini juga sentiasa terbuka untuk kau Anita.â€
Esoknya aku dihantar oleh keluarga angkatku kepangkuan keluargaku. Kesemua anggota keluargaku terkejut melihat perubahan diriku. Ayah bagaikan tak percaya apa yang berlaku padaku. Mereka terharu melihat perubahan diriku, lebih-lebih lagi apabila mendengar aku mengalunkan Al Quran dan tidak meninggalkan sembahyang lagi. Manakala setiap kali akuke luar rumah, aku sentiasa bertudung. Tidak lama selepas itu, aku dihantar oleh keluargaku ke suatu tempat untuk mendalami pelajaran agama.
Tuhan! Terima kasih kepada-Mu, kerana aku yang masih jahat ini Kau pandang juga. Kau masih sudi memberikan rahmat dan hidayah-Mu kepadaku walaupun aku kotor dan hina dina. Wahai Tuhan! Ampunilah aku dan janganlah Kau tarik kembali nikmat petunjuk dan hidayah yangEngkau anugerahi ini. Aku tak sanggup lagi mengulangi perbuatan yang lalu kerana aku takutkan seksaan-MuTuhan! Sedangkan orang lain masih ramai yang dalam kesedaran, tapi aku yang Kau pilih. Betapa aku harus bersyukur!
Kepada keluarga angkatku, Ku ucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu.Kepada Mal teruskan perjuanganmu sucimu, bantulah mereka yang memerlukan. Ku doakan dikau semoga berjaya baik di dunia mahupun di Akhirat.
Sekian, Wassalam
kiriman: ::Faizah Razaly::.
Posted by Hatake kakashi at 10:12 AM 0 comments
Labels: jom taubat



