Surah 28: Al-Qasas (The Stories): Verses 62-88

71. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made night continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you light? Will you not then hear?" 72. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made day continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you night wherein you rest? Will you not then see?" 73. It is out of His Mercy that He has put for you night and day, that you may rest therein (i.e. during the night) and that you may seek of His Bounty (i.e. during the day), and in order that you may be grateful.

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN!!!

Friday, June 26, 2009

Remaja perlukan bekalan akhirat (Bahagian 2)

Remaja perlu mengingatkan diri

Ingatlah, bahawa baik remaja, maka baiklah masa depan negara dan sebaliknya jika rosak remaja maka rosaklah negara, agama dan bangsa, apabila manusia sudah roboh harga diri dan maruah mereka, usah kita bermimpi untuk mampu membina mereka pada waktu yang singkat, kerana manusia bukan bangunan yang boleh kita rancang tempoh untuk dibangunkan.

Justeru, wahai adik-adik remajaku sekalian! Walaupun ada pihak tertentu tidak bersungguh untuk mengingatkan remaja tentang persoalan mati, para remaja perlu mengingatkan diri mengenainya, kerana kematian akan menemui mereka tanpa diduga.

Jadilah remaja seperti yang pernah ditegaskan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah amat bangga (kagum) dengan golongan remaja yang tiada dalam diri mereka ciri-ciri kejahatan.”

Ketahuilah, bahawa yang menjayakan program Islam pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., majoriti terdiri daripada golongan remaja. Apakah mereka tiada kecenderungan untuk berhibur, atau dengan lain perkataan tidak mahu ‘enjoy’ pada usia demikian.

Mereka pun mempunyai cita-cita seperti remaja hari ini, cuma yang membezakan ialah kesanggupan mereka berkorban untuk meninggikan syiar-syiar Islam, sanggup mati demi untuknya.

Maka lahirlah slogan yang cukup tersohor untuk dikongsikan bersama remaja hari ini, iaitu Allah matlamat hidup kita, Rasulullah contoh teladan kami, al-Quran perlembagaan hidup kami, berjihad cara hidup kami dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami.

Motivasi al-Quran: Ayat-ayat mengenai kejayaan remaja

APA dimaksudkan kejayaan yang diraih golongan remaja, adalah dari sudut pegangan kuat mereka terhadap agama, memiliki kekentalan iman dan akidah yang tidak mudah goyah ketika berhadapan dengan sesuatu isu, sama ada godaan yang datang daripada wanita, habuan kekayaan yang bersifat sementara dan pelbagai isu lain.

Sifat-sifat ini pernah dimiliki oleh remaja atau pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang diceritakan Allah dengan terperinci dalam satu surah yang juga dikenali dengan al-Kahfi yang bermaksud gua, iaitu para pemuda yang tertidur dalam gua selama 300 tahun kerana lari daripada kezaliman raja yang menindas rakyatnya.

Allah menceritakan tentang mereka menerusi ayat 9-14 surah al-Kahfi maksudnya: “Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa kisah ‘Ashaabul Kahfi’ dan ‘Ar-Raqiim’ itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) Remaja perlu rujuk nasihat Luqman al-Hakim

“(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami”. (10)

“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11).

“Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12)

“Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (13)

“Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan Yang Mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh daripada kebenaran.” (14)

Begitu juga dengan pemuda Ashabul Ukhdud yang memiliki kekuatan akidah hingga sanggup berkorban demi kepentingan agama dengan menyeru orang ramai supaya menerima Islam sebagai pegangan mereka hingga ke akhir hayat.

Dengan izin Allah SWT seluruh penduduk yang diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim menerima Islam hasil penyampaian yang dilakukan seorang pemuda yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.

Cerita mengenai mereka boleh dirujuk menerusi ayat pertama hingga ayat terakhir iaitu ayat 22 daripada surah al-Buruj, ia amat memberi kesan yang amat mendalam kerana kesanggupan mereka berhadapan dengan kuasa toghut walau pun terdiri daripada satu kaum dengan kekuatan iman kepada Allah SWT.

Dalam kesempatan ini, paling penting ialah remaja perlu merujuk nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya bagi meniti kejayaan sebenar, nasihat-nasihat yang disampaikan itu antara lain:

1- Bersyukur kepada Allah.
2- Tidak melakukan syirik kepada-Nya.
3- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
4- Menunaikan solat.
5- Menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
6- Bersabar terhadap ujian yang menimpa diri.
7- Tidak bertindak sombong dan angkuh kepada manusia.
8- Besederhana ketika berjalan (tidak terlalu cepat atau lambat).
9- Merendahkan suara ketika bercakap.

Demikianlah petua atau kunci kejayaan seseorang remaja yang dirakam Allah menerusi kitab-Nya yang menjadi pedoman kepada seluruh bangsa manusia hingga berlakunya hari Kiamat.

Wednesday, June 24, 2009

Remaja perlukan bekalan akhirat(bahagian 1)

Remaja perlukan bekalan akhirat

oleh:azfa saad

PERSOALAN mati memang fobia dan trauma kepada semua lapisan masyarakat, bangsa dan budaya.

Kebimbangan seseorang tidak kira usia, sama ada yang menjangkau 60 tahun ke atas, atau yang masih dalam lingkungan usia belasan hingga 20-an.

Mati pun tidak kenal usia atau bangsa, ia akan menemui seseorang itu sama ada dia bersedia atau pun tidak.

Mati juga tidak boleh ditunda hingga ke suatu waktu yang tidak diketahui oleh sesiapa, kerana adalah satu hakikat yang akan menjelma pada bila-bila masa seperti yang ditegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 78 surah an-Nisa yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

Ada manusia yang mati kerana sakit tua, ini adalah lazim berlaku kepada mereka, ada pula yang mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tidak kurang yang mati kerana sedang berseronok-seronok di taman-taman bunga, di padang bola, stadium kerana menyaksikan konsert hiburan, di studio-studio, sedang menonton wayang, sedang bermesyuarat dan bermacam-macam lagi karenah manusia yang cenderung kepada dunia yang melalaikan.

Sementara bagi golongan remaja pula, seolah-olah mati tidak ada dalam kamus hidup mereka. Sebab itu mereka lebih cenderung kepada program-program dunia yang menjurus kepada tidak mengingati Allah, hari akhirat, persediaan dalam alam kubur, persoalan Munkar dan Nakir dan sebagainya.

Malah ada antara mereka dengan sikap ego menegaskan bahawa masa muda inilah perlu dihabiskan untuk bersuka ria (enjoy), nanti kalau sudah tua barulah bertaubat.

Media kini sudah melampau

Justeru, konsep taubat dalam konteks hari ini seolah-olah hanya tertumpu kepada golongan yang sudah berkaki tiga (bertongkat), yang bongkok, yang terlantar di hospital.

Ini berlaku kerana tiada kesungguhan pihak berkuasa, lebih tepat golongan pemerintah atau penguasa tidak mengadakan penerangan padu lagi jitu mengenai kefahaman agama sekali gus membimbing remaja mencintai ajaran agama.

Akhbar-akhbar arus perdana, program televisyen sama ada yang dimiliki kerajaan apatah lagi yang dimiliki swasta banyak memuatkan agenda hiburan, sukan melampau seolah-olah membayangkan mentaliti perancang agenda berkenaan cenderung kepada aspek-aspek yang telah disebutkan.

Tetapi persoalan utama di sini, ialah bagaimana pula jika Allah SWT mematikan pada usia muda, apakah mereka sudah bersedia dengan bekalan amalan yang diperintahkan kepada mereka untuk dilaksanakan?

Kita semua sedar bahawa persekitaran yang melingkungi diri kita pada hari ini bukanlah persekitaran Islam yang boleh dibanggakan, walau pun terdapat pihak tertentu menyifatkan kita sudah berada dalam sebuah negara yang mengamalkan Islam.

Kalau itu yang didakwakan pihak tertentu, maka bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur bersih daripada kawasan pelacuran yang membimbangkan.

Tetapi kita nak tanya mereka yang mendakwa demikian, Islam yang macam mana? Islam hakikikah? Islam Hadharikah? Islam Liberalkah? Islam Pluralismekah?

Tapi yang kita tahu, Islam tidak dilaksanakan dalam negara Malaysia ini menurut hukum syarak, sama ada hudud, qisas ataupun takzir, yang ada semua bohong belaka.

Kalau betul Islam dilaksanakan, kenapa mak menteri masih tidak bertudung, menutup aurat itukan perintah Allah, sesiapa yang melanggarnya berdosa besar. Undang-undang Islam juga tidak dilaksanakan dalam pentadbiran negara, macam-macam lagi dakwaan yang tidak berasas.

Konsep hiburan yang mengelirukan

Pokoknya di sini, jika pemerintah tidak minat untuk menyedia, merancang, program-program agama khusus buat remaja, maka tidak hairan gejala songsang yang menyalahi konsep agama Islam sebenar akan pudar dan musnah, ini sebagai permulaan ke arah untuk lebih tidak bersedia dengan bekalan, amalan untuk hari akhirat.

Kalau benar pihak tertentu khususnya kerajaan mahu menyelamatkan golongan remaja, mereka sepatutnya membatalkan segera segala program berbentuk hiburan keterlaluan, jadi tidak ada lagi selepas ini JomHeboh yang melalaikan, Akademi Fantasia, One in the Million, konsert goyang gerudi Inul, Mentor dan macam-macam lagi.

Sekarang timbul pula program realiti ‘Akademi Nasyid’. Banyak pihak keliru dengan konsep, pendekatan dan penampilan peserta yang bertanding, apa yang dapat umum simpulkan, nasyid akan membawa lagu-lagu berkonsepkan kesedaran, sama ada berpaksikan tauhid ketuhanan, peranan serta tugas para Anbiya?, berkorban untuk agama, mengajak umum untuk beribadat, bersatu-padu dan sebagainya.

Tetapi ada yang tidak kena dengan program realiti berkenaan, penampilan peserta lelaki yang berambut panjang, amat tidak sinonim dengan persembahan nasyid seperti yang difahami umum.

Peserta perempuannya pula ‘bertabarruj’ atau bersolek sama seperti artis pop wanita lain, persoalannya di sini, apakah kewujudan program itu adalah untuk mengimbangi ‘Akademi Fantasia’ yang sudah masuk musim keenam ‘jahanam’, atau ada perkara yang tersirat.

Apapun ia masih terbuka untuk dikritik, kerana yang penting setiap program yang disediakan seumpama itu, matlamatnya adalah golongan remaja adalah sasaran tepatnya.

Jika ia tidak menepati tuntutan dan ruang lingkup agama, ia mungkin akan jadi ‘back fire’ kepada penganjur dan institusi agama dalam negara di semua peringkat, malah tidak sedikit pun mengingatkan mereka dengan ‘mati’.

Bersambung……

Wednesday, June 17, 2009

dakyah kristian


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada diKedah, Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tem! pat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga
sekarang)​​.​​Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.

Oleh! kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,​​Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1, 400.00,
bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan​
pelajar-​​pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya
berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibr! ahim, Kadi daerah
Ipoh dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak)... Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil,
makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak
sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi
sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi
hitam! , tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah.
Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.
Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution.
Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.. Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk
main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -le! pasan
sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00
sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong
Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/​​Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam
dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400
orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu
Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah
di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada

1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila
dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.

Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah
didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda! -benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-​​amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk suami, isteri, anak-anak, kaum keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'.... maha suci Allah.

ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!!
*saya ambil tulisan ini dari sebuah forum,demi agama mari kita ingat-​​mengingati satu sama lain.​​sesungguhnya kehidupan seharian tidak lari sedikitpun dari hukum agama.​​segalanya di kira Allah.

Sunday, May 31, 2009

Awas Perangkap Kristian Untuk Remaja Islam

Dari sahabat kita..malay.bismikaallahuma..

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sesi “Ceramah Keibubapaan” di sekolah menengah agama berasrama penuh di mana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah separuh masa di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu “Murtad” dan “Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan”

PERANCANGAN

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yanglain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai “perangkap” yang digunakan oleh pihak Kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua.

Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.

Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah

“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,
“Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,
“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.
“Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi awas, para ibubapa.

Satelah sekian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan”langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka seraya berkata “Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”

Seterusnya kata si jejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagaibalasan dosa.

Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya.”

Kata si jejaka lagi, “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita.”

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapatkan dua juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima….hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA

“Doa adalah senjata para mukmin”. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Amin……Ya Rabbil A’lamin.

Friday, May 29, 2009

Mari berdoa…tapi…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

sembahyang

“Ya Allah ya tuhanku,berikanlah daku friskies bersama susu”

Fasal pada menyatakan diantara penghalang termaqbulnya doa… (1)

Dan diantara penghalang yang menghalang dari termaqbulnya doa seseorang itu ialah apabila dia menginginkan supaya doanya cepat termaqbul,dan merungut apabila doanya lambat termaqbul lalu dia pun berputus asa seterusnya meninggalkan terus daripada berdoa,maka keadaan orang sedemikian tidak ubah seperti seseorang yang menyemai benih atau menanam tanaman,yang mana pada mulanya dia begitu menjaganya dengan baik dan sentiasa menyiramnya dengan rajin,kemudianya apabila dia melihat benih atau tanaman tersebut lambat membuahkan hasil dia pun sudah tidak menghiraukanya lagi serta sudah tidak menyiramnya…

Di dalam sebuah hadith sahih riwayat Imam Bukhari ada menyatakan bahawa : Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu,sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah bersabda :

يستجب لأحدكم ما لم يعجل يقول دعوت فلم يستجب لي

Bermaksud : “Akan dimaqbulkan doa seseorang itu jika dia tidak tergesa-gesa (mahukan doa cepat dimaqbulkan dan merungut apabila lambat dimaqbulkan) sambil berkata : Aku sudah pun berdoa,tetapi tidak dimaqbulkan langsung” (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Manakala di dalam sebuah hadith lain pula riwayat Imam Muslim ada menyatakan tentang ini :

لا يزال يستجاب للعبد ما لم يدع بإثم أو قطيعة رحم, ما لم يستعجل, قيل يا رسول الله ما الإستعجال؟ قال : يقول قد دعوت و قد دعوت فلم أر يستجاب لي فيستحسر عند ذلك ويدع الدعاء

Bermaksud : “Doa seseorang hamba itu akan termaqbul selagimana dia tidak mendoakan sesuatu yang mendatangkan dosa atau sesuatu yang boleh menyebabkan terputusnya silaturrahim,dan selagimana dia tidak tergesa-gesa,lalu ditanyakan kepada baginda : Ya rasulallah,bagaimanakah tergesa-gesa itu? baginda berkata : Apabila dia berkata sesungguhnya aku ini sudah pun berdoa dan berdoa tetapi aku merasakan doaku itu tidak dimaqbulkan,lalu dia pun berputus asa dari berdoa seterusnya meninggalkan terus dari berdoa”

Maka berjaga-jagalah wahai saudaraku sekalian daripada sifat mudah berputus asa apabila kalian mengharap kepada Allah akan sesuatu,kerana dikhuatiri sikap sedemikian bakal membuatkan kalian meninggalkan berdoa kepada Allah dan berputus asa untuk meminta apa-apa yang dihajati seterusnya tidak menjadikan Allah sebagai tempat meminta dan bersandar segala perkara,makanya di dalam setiap doa kalian cubalah sedaya mungkin jangan merasakan :

(1)    Tergesa-gesa mahu dimaqbulkan doa tersebut

(2)    Merungut-rungut apabila merasakan doa tersebut tidak dimaqbulkan dengan berkata : Aku sudah pun berdoa banyak kali tetapi tidak dimaqbulkan!!

(3)    Terbit rasa putus asa untuk meminta kepada Allah

(4)    Meninggalkan berdoa pada Allah (Nauzubillahi min zaalik)

Tetapi hendaklah kalian merasa dengan yaqin bahawa doa kalian pasti akan dimaqbulkan,selagimana doa tersebut bukan untuk sesuatu yang bakal mendatangkan dosa dan maksiat serta bukan juga untuk memutuskan silaturrahim…

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة واعلموا أن الله لا يقبل دعاء من قلب غافل لاه

Bermaksud : “Berdoalah kalian kepada Allah dan kalian berasa yaqin akan termaqbulnya doa tersebut,ketahuilah kalian bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memaqbulkan doa seseorang yang hatinya lalai dan alpa” (hadith riwayat Imam Tirmizi dan Imam Al-hakim di dalam Mustadraknya dan At-Thobrani di dalam Ad-Doa’,Ibnu A’diy dan Ibnu Hibban dengan sanad yang dhoif)

doa

“Ya Allah,aku berdoa kepadamu dengan penuh mengharap”

Fasal pada menyatakan waktu-waktu yang mungkin memaqbulkan doa…

Dan hendaklah seseorang itu di dalam doanya disertakan bersama dengan menghadhirkan hatinya di dalam berdoa,memberikan tumpuan dengan sepenuhnya terhadap apa yang dimintanya,dan juga bertepatan pula waktunya yang memungkinkan dimaqbulkan Allah jika berdoa dikala itu,antaranya :

(1)    Di sepertiga malam

(2)    Ketika dilaungkan azan

(3)    Di antara azan dan Iqamah

(4)    Sejurus selepas solat-solat wajib

(5)    Ketika khatib jumaat naik ke atas mimbar sehinggalah solat Jumaat dikerjakan

(6)    Di waktu akhir solat Asar di hari yang sama (hari Jumaat)

Dan hendaklah apabila berdoa di waktu-waktu sedemikian dia khusyuk memintanya dengan penuh tumpuan di dalam hatinya,penuh rasa hina di hadapan Tuhanya Yang Maha Pemberi,merintih dan mengharap agar dimaqbulkan apa  yang dipinta,menghadapkan dirinya ke arah qiblat,berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk,mengangkat tanganya ketika berdoa,mulakanlah doanya dengan puji-pujian terhadap Allah terlebih dahulu,memberikan selawat serta salam kepada baginda nabi sallallahu alaihi wassalam ,dan dahuluilah doanya itu dengan bertaubat serta meminta ampun kepada Allah, dan bertawassul doanya itu dengan nama-nama Allah yang maha suci…

Dan ingatlah bahawa sesungguhnya keadaan berdoa dengan sedemikian rupa dengan izin Allah tidak akan ditolak selamanya,lebih-lebih lagi apabila kena dengan waktu-waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa seperti yang dinyatakan tadi seperti yang dikhabarkan oleh baginda nabi dan doa itu pula dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,sebagai pedoman antaranya :

“Dari Abdullah Bin Buraidah daripada ayah beliau sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah terdengar seorang lelaki berkata :

اللهم إني أسألك بأني أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد فقال : لقد سأل الله بالإسم الأعظم الذي إذا سئل به أعطى وإذا دعي به أجاب

Bermaksud : Ya Allah,sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan aku bersaksi bahawa engkaulah Allah tiada tuhan selain engkau,Yang Maha Satu,tempat meminta segala sesuatu,yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tiadalah sesuatu yang setara dengaNya,maka berkatanya baginda nabi : Sesungguhnya dia telah berdoa dengan nama Allah yang maha agung,yang mana jika meminta denganya pasti akan diberi dan jika berdoa denganya pasti akan dimaqbulkan” (riwayat Imam Ahmad,Abu Daud,At-Tirmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban)

Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Sahih Ibnu Hibban : “Dari Abu Hurairah radiallahu anhu dan dari Anas Bin Malik dan Rabia’h Bin A’mir dari baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,sesungguhnya baginda telah bersabda :

ألظّوا بيا ذالجلال والإكرام

Bermaksud : Berpeganglah kalian dengan kalimah “Ya Zal Jalali Wal Ikram” (di dalam doa kalian)

“Dari Ibnu Abbas sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah membaca doa ini dikala dilanda kesusahan :

لا إله إلا الله العظيم الحليم, لا إله إلا الله رب العرش العظيم,لا إله الا الله رب السموات ورب العرش الكريم

(hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

dan berbagai lagi doa-doa dari baginda nabi yang dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,bertawassul lah dengan nama-nama suci ini di dalam doa-doa kalian,dengan izin Allah akan diperkenankan…

Dan betapa banyak kita dapati doa-doa dari berbagai orang yang dimaqbulkan doanya,yang mana mereka menyertakan di dalam doa-doa mereka itu dengan penuh tawajjuh dan menghadhirkan hati mereka di dalamnya,ataupun mereka telah membuat segala macam kebaikkan sebelum berdoa dan Allah maqbulkan doa-doa mereka itu sebagai balasan terhadap amalan kebaikkan tersebut,ataupun waktu mereka berdoa kena dengan waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa oleh Allah,lalu doanya dimaqbulkan….

Maka orang lain yang melihat pun bersangka bahawa rahsia di sebalik doanya itu dimaqbulkan adalah disebabkan lafaz-lafaz yang dilafazkanya di dalam doanya,maka orang itu pun menggunakan lafaz-lafaz yang digunakan oleh insan yang dimaqbulkan doanya itu,maka hal sedemikian tidaklah ubah seperti seseorang yang makan ubat yang sangat berkesan dan mujarab yang mana dia memakanya pada waktu yang sepatutnya dan dengan cara yang sebetulnya,maka sembuhlah penyakitnya disebabkan perlakuan tersebut,dan orang lain yang melihat hal sedemikian pun menyangka bahawa ubat tersebutlah sahaja penyebab ubat itu sangat mujarab dan berkesan,maka sedarlah kalian bahawa hal itu sangat bersalahan sama sekali!! yang mana ianya merupakan perkara yang selalu menjadi kesalahan orang ramai…

Begitulah juga,jika seseorang yang berdoa dan merintih dengan penuh terdesak di kuburan dan dimaqbulkan pula doanya,maka bersangkalah orang yang jahil bahawa rahsia di sebalik doanya dimaqbulkan adalah dengan berdoa di kuburan,sedangkan dia tidak mengetahui bahawa rahsia disebaliknya adalah disebabkan rintihanya dan pengharapanya yang ikhlas terhadap Allah,yang mana adalah terlebih baik jika dia berdoa di masjid dan dimaqbulkan pula oleh Allah yang mana keadaan sedemikian adalah lebih diredhai oleh Allah…

doa2

“Ya Allah,kabulkanlah doa dan permintaanku ini”

Fasal pada menjawab satu soalan yang sangat masyhur dipertanyakan…

Terdapatnya satu soalan yang masyhur dipertanyakan,iaitu : Jika sesuatu yang diminta itu telah pun ditaqdirkan akan di maqbulkan maka sudah pasti dan sudah semestinyalah akan termaqbul,samada seseorang itu berdoa ataupun dia tidak berdoa,manakala jika yang diminta itu telah pun ditaqdirkan tidak terjadi,maka sudah semestinyalah ianya takkan terjadi,sama sahaja halnya samada seseorang itu meminta atau tidak meminta untuk terjadi??

Lalu orang-orang yang jahil pun mempercayai perkataan sedemikian,lalu meninggalkan pada berdoa dan berkata : “Tiada faedahnya aku ini berdoa”!!  Wah,senangnya hidup ini!!

Makanya daku katakan kepada mereka : Jikalaulah kenyang selepas makan itu telah ditaqdirkan kepada kalian,maka sudah semestinyalah kalian akan kenyang selepas makan,samada kalian makan atau tidak makan sama sahaja halnya,dan jika ia tidak ditaqdirkan akan berlaku,sudah pasti tidak akan berlaku,begitulah juga jika  mendapat anak itu sudah ditaqdirkan kepada kalian,maka sudah pastilah kalian akan mendapat anak tersebut,sama sahaja halnya jikalau kalian menyetubuhi isteri-isteri kalian atau pun tidak,pasti akan dapat,manakala jikalau telah ditaqdirkan kalian tidak beroleh anak,pasti tidak akan mendapatnya,maka tidak perlulah kalian berkahwin!!!

Maka apakah orang yang berkata sedemikian ini seorang yang beraqal atau manusia?? bahkan mereka ini sebenarnya adalah seperti lembu dan kambing yang mana sememangnya ia tahu bahawa  keperluan  mencari makanan dan minuman untuk beroleh tenaga dan meneruskan hidup mereka,bukankah lembu dan kambing adalah terlebih mengetahui dan lebih memahami perkara tersebut berbanding mereka?? bahkan keadaan mereka lebih teruk dari haiwan tersebut!!

Dan ada juga orang yang “lebih pandai” daripada mereka ini dengan berkata : Bawasanya berdoa itu tidak lebih hanyalah suatu ibadat sahaja yang mana Allah kurniakan pahala kepada pelakunya,sesungguhnya berdoa itu tidak memberikan apa-apa kesan pun kepada apa yang diminta,dan pada mereka,tiadanya beza langsung samada berdoa dengan menghadhirkan hati,merintih dan mengucapkan doa dengan lisan dengan orang yang tidak berdoa untuk mengharapkan sesuatu,maka sama sahaja di antara orang yang hanya duduk berdiam diri dengan orang yang berdoa…pandainya!!

Tetapi ada juga orang yang “terlebih pandai” dari kedua kaum ini,mereka berkata bahawa : Sesungguhnya berdoa itu tidak lebih hanyalah suatu tanda,iaitu Allah jadikanya hanyalah sebagai suatu tanda bahawa sesuatu yang di pinta bakal termaqbul,dan apabila Allah telah membuatkanya berdoa,maka ianya adalah suatu tanda kepadanya bahawa hajatnya sudah pun termaqbul,yang mana ianya adalah seperti : Apabila kita melihat awan mendung di langit di waktu musim sejuk,maka ianya adalah tanda dan alamat bahawa hari akan hujan!!

Dan mereka juga berkata : Beginilah juga halnya bahawa  amalan-amalan ketaatan adalah suatu tanda mendapat pahala,dan amalan-amalan maksiat dan mungkar adalah suatu tanda mendapat dosa,bagi mereka ianya tiada kaitan langsung dengan ‘Al-Asbab’,dan sesungguhnya anggapan sedemikian adalah bersalahan dari segi aqal dan fitrah,syarak dan anggapan orang-orang bijak pandai,bahkan anggapan tersebut bakal digelakkan oleh orang-orang yang bijak…

Kataku : Sesungguhnya mereka terlupa bahawa sesuatu yang ditaqdirkan itu telah pun ditaqdirkan dengan sesuatu yang dipanggil  sebagai Al-Asbab,dan di antara Asbab tersebut adalah DOA!! Sesungguhnya sesuatu itu tidak ditaqdirkan tanpa sebab,tetapi sesuatu itu ditaqdirkan dengan sebab,dan bilamana seseorang itu melakukan sebab,maka akan berlakulah apa yang ditaqdirkan itu,dan apabila dia tidak melakukan sebab,tidak akan berlakulah apa yang ditaqdirkan tersebut,contohnya seperti : Jika ditaqdirkan kenyang itu terjadi dengan sebab dia makan,maka dia akan kenyang jika dia makan,dan ditaqdirkan mendapat anak dengan bersetubuh,begitulah juga halnya ditaqdirkan masuk syurga dengan amalan-amalan soleh,dan masuk ke neraka pula dengan amalan-amalan dosa dan maksiat…dan inilah yang telah dilupai oleh si penyoal!!

Maka wahai saudaraku sekalian,doa itu merupakan suatu sebab yang paling kuat untuk memperoleh sesuatu yang dihajati,dan jikalau sudah ditaqdirkan sesuatu yang dihajati itu dengan berdoa,maka tidak bolehlah seseorang itu mengatakan : Tiada faedahnya pada berdoa itu,seperti dia berkata : Tiada faedahnya pada makan itu!! dan ketahuilah bahawa tiada suatu sebab pun yang lebih bermanfaat selain berdoa dan doa!!

Sesungguhnya para sahabat radiallahu anhum merupakan kaum yang paling mengetahui tentang Allah dan RasulNya dan yang paling arif tentang agama mereka,contohnya Umar Bin Al-Khattab radiallahu anhu dapat mengalahkan musuhnya dan merupakan di antara tentera baginda nabi yang agung,dia pernah mengatakan kepada para sahabat :

لستم تنصرون بكثرة وانما تنصرون من السماء

Bermaksud : Bukanlah kalian sendiri yang mengalahkan musuh sebenarnya,tetapi ianya hanyalah bantuan dari langit!!

Dia juga pernah berkata : “Sesungguhnya aku tidak risaukan doa aku dimaqbulkan atau tidak,tetapi apa yang aku risaukan adalah doaku,jikalau kalian risaukan keadaan doa kalian,sesungguhnya maqbul itu pasti datang bersama!!”


HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

****************************************************

(1) Di terjemahkan dan di olah daripada kitab : Ad-dau’ Wad Dawaa’ (Penyakit Dan Penawar) oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Allamah Syeikhul Islam Syamsud Din Abu Bakar Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullahu taala,semoga segala amalan kebaikkan beliau diterima Allah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang diredhai..Amin


Wednesday, May 20, 2009

Remaja berakhlak dibawah panji-panji Nabi Yusuf







Setelah Allah SWT menganugerahkan ganjaran kepada golongan yang ditimpa bala cacat penglihatan dan penyakit kusta, Allah SWT  menyeru pula para pemuda (remaja) yang berakhlak mulia(muta'akkif). Mereka diseru agar menghadap Allah SWT bagi menerima anugerah, sebagai ganjaran daripada usaha ikhlas dan kesungguhan mereka mengawal diri daripada sebarang pancaroba ketika remaja.

Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran.Golongan remaja dengan keadaan fizikal segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannnya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat. Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka,lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia denagn pengaruh persekitaran menjurus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT  serta asuhan dan bimbingan daripada ibubapa yang berpegang teguh dengan amanah Allah sahaja terselamat daripada segala bencana itu.

Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman,serta akhlak yang mulia,merupakan golongan yang berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi.Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja itu.Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di Mahsyar,mereka akan disambut denagn segala pujian dan sanjungan daripada malaikat.Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT denagn ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela disekitar mereka.Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara didunia ini,mereka akan mendapat keseronokan yang abadi diakhirat kelak.

Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu,lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu disebelah kanan.Untuk mereka,disedikan bendera berwarna hijau,lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia mukminun ,berakhlak,sabar,dan mempunyai ilmu pengetahuan.Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yang baik budi pekerti kerana baginda adalah seorang Nabi yang sangat kacak dan tampan.Ketampanannnya menggoda ramai para wanita,hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya.Namun,Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu.

Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termahsyur,Nabi Yusuf AS.Bersesuaianlah dengan ketabahan dan kekuatan hati baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita.Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segala godaan dan cubaan alam remaja,maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf dibawah panji-panji hijau di Akhirat kelak..INSYA ALLAH!!!

Friday, May 15, 2009

Lukman mengajar anak kenang jasa ibu bapa

Lukman mengajar anak kenang jasa ibu bapa

PERKARA ketiga yang dibangkitkan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah mengenang budi ibu bapa.


Lukman mendidik anaknya supaya mengenang budi dan berterima kasih di atas susah payah dan jerit perih ibu bapa membesarkan anak dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan.

Tunaikan hak kedua-duanya terutama kepada ibu kerana ibu bersusah payah bermula dari proses mengandung sehingga melahirkan anak, menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama dua tahun, membelai dan mendidik siang malam.

Ketaatan kepada ibu bapa (walaupun berlainan agama) adalah wajib kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan Islam.

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini di mana terima kasih kepada ibu bapa datang selepas syukur kepada Allah.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14, surah Lukman bermaksud: “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali.”

Perkara keempat, tidak taat kepada arahan perkara maksiat.

Lukman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya daripada mentaati ibu bapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah dan perbuatan maksiat yang dilarang-Nya.

Namun, sebagai anak, ibu bapanya harus dilayani, ditemani dan digauli dalam suasana penuh kebahagiaan dan kasih sayang.

Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan, menghormati dan berkhidmat kepada mereka.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan kalau kedua-duanya memaksa engkau supaya menyekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui, janganlah dituruti; dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut.”

Kelima, ikutlah jalan orang salih.

Lukman menasihati anaknya supaya melalui jalan yang dilalui orang salih iaitu mereka yang kembali bertaut kepada Allah dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus.

Mereka yang kembali kepada Allah adalah daripada kalangan rasul, nabi, orang benar dan sesiapa saja yang mengikuti mereka dengan keikhlasan dari kalangan orang mukmin.

Inilah yang diterangkan ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan turutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.”

Keenam, sentiasa ingat hari kiamat dan pembalasan.

Lukman berpesan kepada anaknya supaya melakukan ‘pemerhatian’ hari kiamat dan arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Lukman bermaksud: “Nanti kamu akan kembali kepada-Ku dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”

Ketujuh, setiap amal (tersembunyi atau terserlah) akan dihisab oleh Allah Maha Mengetahui.

Lukman menerangkan kepada anaknya akan syumul ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah bebas melakukan apa saja tanpa ada halangan, mendatangkan sesuatu yang diinginkan-Nya daripada segenap tempat yang tidak mampu dibuat makhluk.

Sesuatu kebaikan, kejahatan, kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh dalam batu, di hujung langit atau terbenam sedalam di dasar bumi akan didatangkan Allah pada hari kiamat untuk dihisab dan diberi ganjaran dosa atau pahala.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 16, surah Lukman bermaksud: “(Kata Lukman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tersembunyi) dalam batu, di langit atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal yang halus) dan Cukup Tahu.”

Oleh Endok Sempo Mohd Tahir