Surah 28: Al-Qasas (The Stories): Verses 62-88

71. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made night continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you light? Will you not then hear?" 72. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made day continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you night wherein you rest? Will you not then see?" 73. It is out of His Mercy that He has put for you night and day, that you may rest therein (i.e. during the night) and that you may seek of His Bounty (i.e. during the day), and in order that you may be grateful.

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN!!!

Monday, July 26, 2010

10 Sebab Doa Terhijab..

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku (Allah) maka (jawablah) bahawa Aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik.”

Ramai manusia mengeluh bahawa doanya, masih belum diperkenankan Tuhan. Setiap pagi dan malam dia menadahkan tangan bermohon kepada Allah tetapi apa yang dimintanya tidak kunjung tiba. Timbul pertanyaan didalam hatinya: Kenapakah permohonannya itu masih belum dikabulkan Tuhan? Jarang orang berusaha untuk melakukan penelitian apakah sebab-sebabnya.

Pada hakikatnya sebab-sebabnya itu banyak, terletak pada diri sendiri. Kerana salah satu syarat yang penting untuk mendapat pengabulan doa dari Ilahi haruslah doa itu doa itu disertai dengan hati yang khusyuk, bukan berdoa hanya dimulut sahaja. Tidak ada ertinya mulut yang kumat-kamit sehingga kering tekak tetapi hati menerawang ke alam lain, jiwa tidak khusyuk menghadap Allah swt.

Dalam salah satu hadis dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk doa yang diperkenankan Allah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Apabila kamu meminta kepada Allah bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. Allah tidak memperkenankan doa seorang hamba yang hatinya lalai.”

Dari hadis tersebut, ditegaskan oleh Rasulullah supaya setiap orang yang berdoa harus yakin bahawa doanya akan diperkenankan Tuhan samada segera atau lambat. Yakin itu timbul apabila seluruh jiwa dan raga dipusatkan menghadap Allah swt.

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).


2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.


4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.


6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.


7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.


8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.


9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.


10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.


nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga Dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah..

Saturday, July 17, 2010

KASIH SAYANG ALLAH PADA YANG TAUBAT



copy by:http://budriez.wordpress.com



:Renungkanlah.. secebis kehidupan kisah benar seorang gadis bernama Anita (bukan nama sebenar) menceritakan kisah hidupnya. Semoga kisah hidup gadis ini dapat kita mempelajari dan memahami bagaimana hendak membimbing gadis-gadis atau remaja yang bermasalah ataupun yang bergelumang seperti Anita. Jadikanlah kisah hidupnya sebagai pengajaran kepada kita semua untuk membimbing orang-orang seperti Anita balik kepangkal jalan yang sebenar.

Semasa saya dan kawan-kawan bergelumang dengan sejarah hitam itu, ada di antara mereka merintih kepadaku sambil menitiskan air mata, “Kalaulah boleh aku tinggalkan alam yang sedang aku gelumangi ini dengan mudah, ingin aku tinggalkan. Tapi bagaimana? Dah begini jauh terlanjur. Ingin rasanya ada seorang manusia yang dapat memimpin aku ke jalan yangbenar…….”

Aku tidak pernah menduga mengulangi sejarah hitam itu.


Kalau aku ingatkan kembali, berderai air mataku dan aku memohon pada Allah, semoga aku tidak lagi terjerumus ke lembah itu. Cukuplah hanya sekali didalam hidupku. Tidak pula aku terniat untuk mencuba lagi.

Pada waktu itu aku mengalami masalah hidup yang benar-benar menekan jiwa. Untuk melupakan masalah itu,aku mendapatkan pil tidur agar aku dapat tidur sepanjang hari. Memang dengan pil itu, aku boleh tidur sepanjang hari. Tapi untuk apa? Sampai bila? Akhirnya aku bosan dan benci. Walaupun rasa ketagih itu ada,tapi aku lawani juga.

Lama kelamaan, aku tidak dapat menahan nafsuku. Aku mencari pil yang lebih berkesan. Entah apa petaka yang menimpa aku hari itu, aku ternampak seorang rakanku yang memegang pil Rochee. Aku tahu, pil itu sejenis dadah yang termurah dan paling mudah diperolehi. Aku meminta dari rakanku itu dua biji. Malang sungguh,rakanku itu begitu bermurah hati. “Ambillah, aku sedekah. Bagi percuma aje,” katanya.

“Terima kasih, hanya Allah sajalah yang membalas budimu,” kataku bodoh. Aku terus menelannya tanpa membuang sarungnya. Aku terdampar di katil dalam keadaan khayal. Kepalaku pening. Entah apa yang aku lakukan dan aku cakapkan ketika itu aku pun tak tahu.Hinggalah akhirnya aku tertidur. Bila aku tersedar,aku tak tahu lagi dan tidak ingat tentang hari. Aku memandang jam di dinding; tepat pukul dua belas. Diluar gelap, menunjukkan hari telah malam. Dan peristiwa Rochee tadi juga berlaku pukul dua belas.tapi dua belas tengahari.

Aku termangu. Fikiranku kusut. Tak tahu apa yang harus aku lakukan. Rakan-rakan juga terdampar di katil masing- masing tanpa sedarkan diri.

Apabila pulang ke rumah, aku dicaci maki dan dimarahi oleh ayahku, tapi aku pekakkan telinga.

Begitulah aku setiap malam dan setiap hari. Hidup tanpa pedoman dan haluan. Hidup seperti sampah terbuang, seperti dedaun kering yang tiada erti.Kepada siapa aku mahu mengadu? Aku tak tahu……

Suatu hari ayahku mendapat tahu aku menggunakan wang belanjaku untuk membeli cocaine, sejenis dadah yang lebih berat daripada Rochee. Ayah semakin berang.

“Berambus kau dari sini, anak tak guna! Tak tahu diuntung! Kau menconteng arang di mukaku! Jangan balik lagi ke rumah ni. Hidup mati kau pun, aku tak mahu ambil tahu. Biar kau mampus seperti katak! Maki ayahku.

Aku tidak tahu ke mana untuk dituju. Ke rumah kawan?Sorrylah! Ada duit, boleh buat kawan. Tak ada duit,kawan pun buat tak kenal. Dengan langkah yang lemah aku berjalan tanpa haluan. Di belakang sebuah pasaraya aku meletakkan punggungku di atas beg pakaianku. Aku termenung, memikirkan nasib diri dan masa depanku yang hitam dan gelap. Jiwaku kosong dan sepi.

Aku teringat betapa pada satu ketika aku pernah beberapa kali dibawa berjumpa pakar sakit jiwa. Setiapkali ke situ, pakar sakit jiwa itu menasihati aku supaya cuba melupakan segala masalah. Caranya, cuba disiplinkan diri. Buat jadual hidup. Aturkan untuk tidur, selama lapan jam sehari. Aturkan juga waktu untuk membaca, untuk rehat, untuk rehlah dan sebagainya. Dinasihatkan juga agar selalu tenangkan fikiran ke pantai-pantai atau ke tempat-tempat yang tenang yang boleh membuka fikiran. Ah! Aku benci dengan nasihat seperti itu. Nasihat yang di luar kemampuanku untuk mempraktikannya. Aku inginkan rawatan intensif.

Tiba-tiba “Anak ni nak ke mana? Seperti orang susah hati aje?” Sapa satu suara. Aku terperanjat dan seorang lelaki separuh umur berketayap putih sedang memandangku. Terkejut aku, dan dengan tiba-tiba aku bangun. Aku mahu lari.

“Jangan takut, nak, saya bukan mahu buat apa,” Kata lelaki seperuh umur itu lembut. Dalam kepalaku hanya berfikir, apakah ini orang dari jabatan agama?

“Anak ada masalah ni, mari ikut pakcik.” Aku mengeleng dan mula menangis. Aku terharu kerana sekian lama aku duduk di belakang pasaraya ini, tak ada manusia seorang pun yang memperdulikanku. Tiba-tiba lelaki ini muncul dan mengambil berat tentang diriku. Aku malu.

Lelaki itu menggamitkan tangannya ke arah sebuah kereta. Dari dalam kereta itu keluar seorang perempuan seperuh umur.

“Ajak dia ke kereta, dia ni ada masalah ni,” kata lelaki itu. Dia dan pemuda bertetayap tadi kemudiannya bergegas ke kereta.

“Mari nak,” kata perempuan separuh umur itu sambil menarik tanganku dan mengambil begku dan membawanya kekereta.

Aku akur. Sesampai di kereta, ketagihanku mula datang.Tubuhku menggiggil kesejukan. Tekakku mual. Aku menangis dan tak tahu apa yang aku cakapkan.

“Eh, bang! Tengoklah, bang. Dia muntah-muntah kuning ni! Busuknya bang! Jerit perempuan separuh umur itu.

“Ye! Aku tahu! Sejak kau dan Mal shopping di atas tadi, aku perhatikan dia. Dia ni bermasalah. Kita wajib menyelesaikan masalahnya. Berdosa kalau kitamembiarkannya.” Isterinya terdiam.

Sesampainya di rumah mereka, aku terus diberi minum.“Ini air Yasin, penawar bagi segala penyakit. Minum,baca Bismillah dan selawat dulu, ye nak! beritahu perempuan itu. Akhirnya aku terlena dalam keletihan.

Apabila aku tersedar, aku disuruh mandi dan diberi minum air Yasin lagi. Perutku mula terasa pedih.“Lapar, nak? Mari kita makan kerana entah berapa lama perutku tak berisi.

Selepas makan aku tertidur lagi keletihan. Rasa gian masih lagi terasa. Tapi aku tahankan. Apabila aku tersedar lagi, wanita itu masih di sisiku. Dia mengurut- ngurut belakangku. Dadaku terasa sebak. Aku menangis kerana teringatkan ibu.

“Bersabar nak, cuba ceritakan masalah anak!” pujuknya.Lalu aku bangun dan menceritakan apa yang terjadi.

Dengan lembut, wanita itu memberikan nasihat. “Nak!Jangan kita rasa dunia ini kosong. Sebenarnya, adalagi tempat untuk kita mengadu dan mencurah rasa. Dia ialah Allah yang Maha Kuasa. Ceritakanlah masalah anak itu kepada Allah. Dialah penyelesai masalah yang paling tepat, kerana Dia Maha Mengetahui. Dia sentiasa mendengar rintihan hamba-hamba- Nya kerana Dia Maha Penyayang.”

“ Walaupun saya jahat?” Tangisku.

“Orang yang rendah hati dan merasa dirinya jahat itulah yang dikasihi Allah, nak. Bukan orang yang kuat ibadah tetapi tidak merasa rendah diri dan merasa sudah selamat dengan ibadah yang banyak. Allah itu Maha Penyayang. Dia mendengar rintihan hamba-hamba- Nya yang berdosa sekalipun.”

Aku terharu mendengar pujukan itu.

“Kembalilah ke jalan Allah, nak. Sucikanlah hati kita dengan zikir, dan sentiasa mengingati Allah agar kita menjadi tenang. Nah, sekarang pergi ambil air sembahyang. Pergilah sembahyang.Adukanlah segala masalahmu itu kepada Allah. Minta ampun dan bertaubatlah sungguh-sungguh kepada Allah,” pujuknya lagi. Aku akur.

Sebulan lamanya aku tinggal bersama keluarga itu. Aku sudah mula pandai sembahyang, yang entah berapa lamaaku cuaikan selama ini. Banyak ilmu agama yang aku pelajari, tentang kewajipan menutup aurat, taat kepada ibubapa, tentang bersuci, tentang sifat-sifat mahmudah seperti sabar, redha, pemaaf, dan seribu satu macam ilmu yang amat bermanfaat bagiku, yang selama ini tidak pernah ku ketahui. Memang benar, apabila ilmu Allah dimasukkan ke dalam hati, fikiran menjadi tenang, kerana hati meminta fitrahnya, Jika hati tidak dimasukkan perkara yang fitrah, itulah yang menyebabkannya resah gelisah.

“Mak…..” kataku suatu hari. Aku menganggap dia sebagai ibuku sendiri, dan dia tidak keberatan aku memanggilnya ‘emak’.

“Ya, nak,” jawabnya lembut.

“Apa pendapat emak apabila seorang anak yang terjerumus seperti saya ni, tiba-tiba dihalau dan dipulau oleh keluarganya sendiri mahupun masyarakat?”

“Ayah dan keluarga mahupun masyarakat itu tidak bijak.Sebenarnya, dengan menghalau atau memulau itu menimbulkan lagi masalah kepada masyarakat dan menimbulkan masalah lain kepada anak itu. Sepatutnya mereka mesti mencari jalan penyelesaian.”

Aku terdiam. “Bagaimana kalau saya pulang ke kampung saya, mak. Adakah mereka mahu menerima saya?”

“InsyaAllah! Berharaplah pada Allah. Rumah ini juga sentiasa terbuka untuk kau Anita.”

Esoknya aku dihantar oleh keluarga angkatku kepangkuan keluargaku. Kesemua anggota keluargaku terkejut melihat perubahan diriku. Ayah bagaikan tak percaya apa yang berlaku padaku. Mereka terharu melihat perubahan diriku, lebih-lebih lagi apabila mendengar aku mengalunkan Al Quran dan tidak meninggalkan sembahyang lagi. Manakala setiap kali akuke luar rumah, aku sentiasa bertudung. Tidak lama selepas itu, aku dihantar oleh keluargaku ke suatu tempat untuk mendalami pelajaran agama.

Tuhan! Terima kasih kepada-Mu, kerana aku yang masih jahat ini Kau pandang juga. Kau masih sudi memberikan rahmat dan hidayah-Mu kepadaku walaupun aku kotor dan hina dina. Wahai Tuhan! Ampunilah aku dan janganlah Kau tarik kembali nikmat petunjuk dan hidayah yangEngkau anugerahi ini. Aku tak sanggup lagi mengulangi perbuatan yang lalu kerana aku takutkan seksaan-MuTuhan! Sedangkan orang lain masih ramai yang dalam kesedaran, tapi aku yang Kau pilih. Betapa aku harus bersyukur!

Kepada keluarga angkatku, Ku ucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu.Kepada Mal teruskan perjuanganmu sucimu, bantulah mereka yang memerlukan. Ku doakan dikau semoga berjaya baik di dunia mahupun di Akhirat.

Sekian, Wassalam

kiriman: ::Faizah Razaly::.