Surah 28: Al-Qasas (The Stories): Verses 62-88

71. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made night continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you light? Will you not then hear?" 72. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made day continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you night wherein you rest? Will you not then see?" 73. It is out of His Mercy that He has put for you night and day, that you may rest therein (i.e. during the night) and that you may seek of His Bounty (i.e. during the day), and in order that you may be grateful.

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN!!!

Wednesday, December 22, 2010

Cinta Songsang Semakin Songsang

Artikel di bawah telah saya tulis lebih setahun yang lalu.

Hampir ada sahaja di dalam inbox saya, email yang dihantar oleh pembaca, meminta bantuan daripada saya untuk menangani masalah CINTA SONGSANG, sama ada oleh tuan empunya diri, atau teman kenalannya. Tinggi rasa khuatir, namun rugi jika saya mengulang nasihat untuk masalah yang sama. Justeru saya hadirkan kembali artikel ini ke muka hadapan Saifulislam.Com untuk beberapa hari mendatang, bagi renungan dan manfaat kita bersama. Wallahu al-Musta’aan…

Dalam setahun kebelakangan ini, saya menerima permintaan daripada beberapa orang remaja yang memohon pertolongan. Ada yang bersemuka, ada juga secara maya. Permintaan ini datang dari suara insan yang jauh terbuang di dalam lubang yang dalam, memanggil saya untuk menolong mereka keluar, dari dunia gelap cinta seorang lelaki terhadap seorang lelaki, cinta songsang yang menyeksa si empunya diri.

hand_s.jpg

Ini bukan kisah golongan pondan, bukan golongan yang bergaul bebas dan hidup bergelumang dosa. Mereka adalah remaja yang baik, pada akhlak dan ibadah… namun dibelenggu dosa perasaan yang tersembunyi.

Bagi remaja yang telah kalah dengan perasaan itu, dan terjebak dengan perbuatan keji di sisi agama, saya tidak dapat berkata apa-apa… hanya kepada Allah jua saya pohonkan agar mereka ini bertemu cahaya di hujung jalan songsang yang mereka susuri itu. Namun yang ingin saya bincangkan di sini, adalah remaja yang baik, yang bersih, tetapi terperangkap dalam dunia yang cukup misteri ini… sebagai mangsa keadaan.

Mengapa saya katakan demikian? Hasil perkongsian cerita… boleh dikatakan setiap seorang dari lelaki pencinta lelaki ini, pernah menempuh pengalaman hidup yang hitam.

LATAR BELAKANG YANG MENJADI BEBAN HIDUP

Ada di antara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa, yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka.

Manakala sebahagian yang lain pula, pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka… hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.

Beberapa individu yang saya temui dari kumpulan kedua ini, mempunyai penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki, namun mereka menanggung kejanggalan naluri sebagai rahsia yang memakan diri.

Sukar untuk saya membantu, kerana kecelaruan ini bukan kecelaruan ilmu. Ia juga bukan kecelaruan emosi, tetapi kecelaruan identiti. Identiti adalah suatu rangkuman dimensi dalaman manusia yang terbentuk hasil dari pelbagai aspek kehidupan. Mengungkaikannya memerlukan kekuatan semangat dan kembali berbaik sangka kepada Allah terhadap potensi diri untuk pulih… dari satu peringkat ke satu peringkat.

keliru.jpg

Mungkin ada yang secara spontan menghukum golongan ini, namun saya sebagai seorang pendakwah tidak mampu untuk berbuat demikian. Membantu, sentiasa lebih utama untuk difikirkan. Siapalah saya untuk menilai dan menghukum, kerana penilaian saya juga akan dinilai oleh Maha Penilai di sana, dan Maha Menghukum atas keculasan saya tidak membantu sesama saudara.

Apatah lagi, mereka yang saya temui ini mempunyai syakhsiah yang baik. Mereka adalah remaja yang taat kepada Allah pada ibadah dan akhlak, tetapi mereka terseksa kerana menanggung ‘dosa perasaan’ lantaran kecenderungan diri yang ganjil itu. Malah saya hargai kepercayaan yang mereka berikan apabila tampil meminta pertolongan dari saya, walaupun tidak banyak yang dapat saya lakukan, selain sokongan nasihat dan keyakinan diri.

Menghadapi golongan ini, tidak boleh disamakan dengan pendekatan kita terhadap isu homoseksualiti. Nyatanya, kebanyakan artikel yang saya temui, mengecam homoseksualiti dengan sokongan keterangan al-Quran dan al-Hadith. Saya yakin, remaja yang datang bertemu dengan saya amat sedar akan hal ini. Kerana itulah mereka tidak berzina sejenis, mereka tidak bergaul bebas. Mereka datang meminta bantuan atas rasa bersalah yang tinggi terhadap naluri yang menyalahi iman itu. Maka mereka memerlukan nasihat, panduan dan sokongan. Bukan kecaman.

Kerana itu, saya lebih simpati, berbanding marah atau terkilan, kerana mereka tetap berada di dalam status mangsa, selagi mana perasaan itu tidak dimaterialisasikan pada maksiat fizikal zina, liwat dan yang seumpama dengannya.

Saya cuba menyelami masalah mereka, dan nyatanya mereka adalah golongan yang sangat kesunyian dan sepi. Mereka hidup dalam kesunyian, bukan kerana kosong dari kehidupan berkawan dan berakan taulan. Sunyi itu datang kerana mereka sering memikul diri lari jauh dari semua orang di sekitar mereka, bersama rahsia yang terlalu berat untuk jatuh ke pengetahuan manusia. Mereka ini adalah manusia yang bersembunyi di tengah ramai.

SEKADAR NASIHAT

Nasihat pertama saya kepada remaja seperti ini, adalah untuk terus bertahan dari mendekati liwat dan cabang-cabangnya. Sebagaimana lelaki mukmin perlu menjauhkan dirinya dari zina, maka lelaki dari kumpulan ini juga mesti menjauhkan diri mereka dari zina sejenis, kerana kedua-duanya adalah kekalahan seorang manusia kepada hawa nafsunya yang mengundang penyesalan tanpa hujung. Allah tidak menghukum kalian atas perasaan itu, tetapi hukuman dan kemurkaan bakal menimpa kalian yang merealisasikannya pada perbuatan.

Kuatkan iman, teguhkan pendirian.

Namun saya berpandangan, perjuangan mempertahankan diri dari zina sejenis ini, jauh lebih sukar, kerana golongan ini sentiasa tinggal bersama golongan yang menjadi kecenderungan nafsunya. Jika lelaki normal’ boleh menghindarkan dirinya dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, golongan ini pula harus teguh berganda…

CEBURKAN DIRI PADA AMAL ISLAM

Tempuhilah usia akhir belasan tahun, dan 20an itu sebagai usia mujahadah menentang gelodak hormon dan ketidak seimbangan emosi yang rumit. Berikan diri kepada aktiviti-aktiviti, khususnya kerja Islam, dan sambutlah kesukaran-kesukaran yang muncul sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan”� (Al-Bukhari dan Muslim)

Kesusahan hidup di jalan dakwah, akan menyulitkan nafsu bangun menjajah keputusan diri. Bukan saya bermaksud agar mereka ini perlu sengaja mencari kesusahan diri, tetapi jalan dakwah dan kesibukan akan menghindarkan setiap remaja lelaki yang normal dan ‘tidak normal’ ini dari dosa fahsya’ seperti zina dan yang seumpama dengannya. Sibukkan diri. Jangan iyakan perasaan itu.

rukudulmaa.JPG
Rukood al-maa’ yufsiduhu, firaagh asy-syaab yaqtuluhu

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab

Berikan peluang kepada diri untuk melepasi usia 20an itu, sehingga keredaan naluri muncul seiring dengan pertambahan usia.

“Ustaz, apakah saya ada peluang untuk menyintai wanita, berkahwin, mempunyai anak, seperti manusia yang lain?”� soalan yang sering diajukan kepada saya.

demimasa.jpg

“Berilah peluang kepada masa untuk merawat kesakitan jiwa itu, dengan syarat kamu tetapkan diri pada menjauhkan diri dari maksiat. Tunggulah hingga reda gelodak nafsu itu pada usia remaja seperti ini, dan nanti, kita berbuallah tentang liku-liku mencari jalan pada sebuah perkahwinan, yang diinginkan tanpa keinginan itu…�, itu sahaja batas upaya saya berkongsi pandangan.

Bagi ibu bapa, dan pihak penaja yang menghantar pelajar ke luar negara, ketahuilah bahawa kebebasan undang-undang dan persepsi persekitaran terhadap homoseksualiti ini telah dan sedang begitu rakus mengorbankan banyak anak muda kita. Sukar untuk saya ungkapkan dengan perkataan, kerana jika dicadangkan AGAMA sebagai benteng penyelesaian, ramai yang sinis kerana mabuk POLITIK hingga takut kepada SIASAH, lantas terlupa kepada fungsi besar AGAMA, bahtera penyelamat buat manusia.

Semoga Allah memelihara kita semua, dan adik-adik remaja ini dari fitnah dunia akhir zaman yang sungguh kejam terhadap mana-mana insan yang mahu hidup dengan bara Islam yang digenggam.

Tabahkan hati…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
27 April 2007

Wednesday, November 24, 2010

Sunday, November 21, 2010

HUKUM seorang LELAKI BERDUA dengan PEREMPUAN bkn MAHRAM

Apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yg bukan mahram berada didalam satu kereta atas urusan kerja...dan sebagainya..

s:Fiza: Saya ajukan persoalan ini pada suami dan ternyata kami berbeza pendapat.Jadi saya minta sahabat2 sekalian memberikan pandangan beserta hujjah dan dalil yg meyakinkan...

j:Sheikh: Salam, hukum tetap hukum. Haram tetap haram. Di negara arab yang melaksanakan hukum Islam di wajibkan setiap wanita yang keluar rumah mesti bersama mahram atau se eloknya bertiga walaupun ketika manaiki teksi.

Di sebabkan undang-undang di Malaysia ini tidak patuh dan pihak berkuasa seperti polis tidak menjalankan hukum mengikut syariat, maka perkara ini di ambil mudah. Iya, mungkin ramai yang mengatakan tidak ada apa-apa rasa, hanya hubungan kawan setempat kerja. Namun hukum tetap hukum dan tidak boleh sewenang2nya menghalalkan yang tidak.

Saya bukanlah orang yang alim dalam bidang agama, tetapi hasil dari soal jawab bersama beberapa orang ustaz yang saya kenali banyak mendidik saya agar tidak mengambil mudah hukum yg ditetapkan.

Dari segi idealogi logik saya, berdua itu bererti berkhalwat (bersunyian), yg boleh mendatangkan fitnah, prasangka, cakap sumbang. Soal niat tidak timbul seperti yg selalu kita dengar dari al-Quran dan Hadith, 'apabila duduk berdua seorang lelaki dan perempuan (yg bukan muhrim) ti tengah-tengahnya adalah syaitan' wallah hu a'lam

j:Ahmad: salam...tidak boleh seorg pmpuan bersama dgn seorg lelaki dlm kreta@bilik@..tnpa ditemani sape2 pn....hal ni bleh mendatangkan fitnah..dlm kaedah fiqh ade dinyatakan "saddu lizzaraai' "...yg bermaksud menutup @ menghalang sebarang perkara yg boleh mendatangkan maksiat mahupun fitnah...
cuba dulu cari alternatif lain utk mengelakkan fitnah yang bakal mendatang...naik kenderaan awam ke(bas,teksi,lrt,etc)...or bwk kereta masing2....(biasanya org yg bekerja ada kereta masing2...)...wallahu a'lam...
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)

Juga melalui hadis berikut (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)
Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

Thursday, October 28, 2010

Bercerita Tentang bAhAgIa

Bila berkata tentang bahagia, sudah pasti setiap insan menyukai dan mengimpikannya. Kebahagiaan adalah merupakan sebuah perasaan yang sangat sukar diungkapkan. Dan ia bersifat sangat subjektif.

Berdasarkan definisi di dalam Kamus Dewan, edisi ketiga, bahagia membawa maksud: “suasana senang dan aman, aman damai, serta gembira”.

Bahagia sebenarnya lebih bersifat subjektif, sebuah perasaan yang lahir dari dalam lubuk hati, membawa sebuah pengertian yang sangat bermakna. Bahagia dicapai apabila seseorang itu merasa sebuah kepuasan, gembira, kecukupan, serta penuh kesyukuran dan keredhaan.

Kebahagian adalah milik semua. Bahagia tidak hanya dimiliki oleh mereka yang kaya raya dan berharta. Kerana boleh sahaja, orang yang kaya raya tidak bahagia kerana runsing dengan keselamatan hartanya yang bertimbun.

Tidak kurang juga dengan keadaan manusia yang sehari-harinya penuh dengan keletihan disebabkan sibuk mengejar harta dan kerjaya. Tiada lagi masa untuk duduk bersama keluarga, isteri mahu pun suami. Sehinggakan hubungan cinta menjadi hambar.

Bahagia juga belum tentu dapat dicapai dengan memiliki sebuah kediaman yang mewah dan indah. Kerana boleh sahaja, rumah besar itu hanya mejadi penjara baginya yang penuh dengan kesunyian tanpa hiburan. Ibarat seekor burung yang terkurung di dalam sangkar emas.

Bahagia juga belum tentu dimiliki dengan memiliki pasangan (suami/isteri) yang tampan atau cantik rupawan. Kerana ketampanan dan kecantikan itu akan menghilang ditelan waktu.

Di antara faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kenikmatan hidup sekaligus faktor menuju bahagia adalah faktor kesihatan, kecukupan makanan, kasih sayang, serta suasana persekitaran. Namun, cukupkah hanya dengan ini sahaja?

Maka dengan itu, sebuah kebahagian belum tentu dapat dicapai hanya dengan beberbekalkan harta yang melimpah ruah, kerja yang lumayan hasilnya, kediaman yang mewah, serta rupa fizikal yang menawan semata-mata. Jadi, bagaimanakah hakikat bahagia yang menjadi idaman dan kejaran seluruh manusia yang hidup itu?

Jika kita kembali kepada agama, sebenarnya kebahagiaan itu hanya dapat diraih dan dinikmati oleh mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip agama bagi setiap urusan yang mereka lakukan untuk perjalanan hidup mereka. Apabila mereka meletakkan prinsip-prinsip agama sebagai keutamaan, di sini mereka telah meletakkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai keutamaan mereka. Mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada mereka dan dengannya mereka bersikap qana’ah atau sentiasa merasa cukup serta berpuas hati (redha).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d, 13: 28)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Sesiapa di antara kamu yang merasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari tersebut, seakan-akan dia telah diberi semua kenikmatan dunia.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Hadis ini hasan menurut penilaian al-Albani di dalam Silsilah Hadis ash-Shahihah)

Rasulullah juga turut menjelaskan bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta yang menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati.

“Kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Orang yang kaya hatinya, dia sentiasa memiliki sifat qana’ah dengan menerima apa yang Allah berikan. Dia sentiasa redha dan merasa puas di atas usahanya. Tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan. Dan dia juga tidak rakus mengejar dunia serta tidak pula meminta-minta. Seolah-olah dia sentiasa memiliki kecukupan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Benar-benar beruntung orang yang telah memeluk Islam, mereka diberi kecukupan rezeki dan qana’ah di dalam menerima apa jua pemberian Allah terhadapnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berpesan kepada kita supaya sentiasa melihat siapa yang berada di bawah kita dan dari mereka yang kurang bernasib baik berbanding apa yang telah kita miliki. Dan bukannya dengan melihat kekayaan yang dimiliki oleh orang yang mewah berbanding diri kita.

“Lihatlah orang yang berada di bawahmu, dan jangan melihat kekayaan orang yang di atasmu, perkara itu lebih baik sehingga engkau tidak meremehkan nikmat Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Pesanan Rasulullah ini sebenarnya bertujuan mengajak kita untuk sentiasa merasa bersyukur dengan segala kemampuan dan hasil yang kita usahakan serta perolehi. Sekaligus menjauhkan kita dari merasa kurang bernasib baik dan bersikap tamak.

Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang baik adalah sangat merujuk kepada kehidupan berkeluarga iaitu dengan memiliki isteri yang baik, anak-anak dan keperluan berkaitan dengannya.

Kerana Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita (isteri), anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Surah Ali Imran, 3: 14)

Dengan itu, bagi sesebuah keluarga, suami dan isteri hendaklah sentiasa berkasih sayang, tolong-menolong dan saling memahami di dalam setiap hal-ehwal urusan kehidupan mereka. Mereka saling mengerti tugas dan hak masing-masing berdasarkan apa yang telah digaris-pandukan oleh agama. Setiap pihak sentiasa berusaha memberikan kebahagiaan, keceriaan, ketenteraman, dan kehangatan cinta sesama mereka.

Rumahtangga yang bahagia yang dibina di atas landasan agama ia akan membawa pasangan suamiisteri tersebut kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke syurga yang penuh kenikmatan. Ini dapat diraih apabila mereka menjadikan rumah tangga mereka sebagai medan meraih keredhaan dan mengejar cinta Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dalam persoalan ini, si suami selaku ketua keluarga bertangungjawab mengemudi keluarga yang dibinanya bagi tujuan menuju kebahagiaan tersebut. Ini dapat dicapai apabila suami sentiasa bergaul, tahu mengambil hati, melahirkan rasa kemesraan, memupuk rasa mencintai dan memenuhi keperluan mereka dengan baik, dan dia sentiasa berusaha memibimbing isteri-isteri dan anak-anaknya kepada perkara yang dicintai oleh Allah.

Dengan kefahaman agama yang teguh dan satu di antara ahli keluarga, kebahagian akan dapat diraih dengan baik disebabkan mereka memiliki satu kefahaman yang teguh secara bersama. Mereka menuju fokus yang satu, iaitu keredhaan Allah semata. Sekaligus, ia bakal melahirkan generasi yang cemerlang di atas ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang jauh dari perasaan dengki, hasad, tamak, dan benci. Sebaliknya, hidup mereka dipenuhi dengan tauhid, kasih sayang, saling mencintai, kesyukuran dan kemesraan yang berpanjangan.

Di antara faktor-faktor lain yang mendorong kebahagiaan bagi sesebuah kehidupan adalah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadisnya:

Empat (4) perkara yang mendatangkan kebahagiaan adalah, 1 – Isteri yang solehah, 2 – Rumah yang luas, 3 – Jiran tetangga yang soleh (baik), dan 4 – Kenderaan yang selesa.

Dan empat (4) perkara yang mendatangkan kesengsaraan adalah:

1 - Isteri yang buruk akhlaknya, 2 – Jiran tetangga yang jahat, 3 - Kenderaan yang buruk, dan 4 – rumah yang sempit (tidak selesa).” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Hadis daripada Sa‘ad bin Abi Waqas radiyallahu ‘anhu, dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth di dalam Sahih Ibn Hibban. Juga dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah Hadits ash-Shahihah)

Dari hadis ini, yang dimaksudkan dengan isteri yang solehah, sudah tentu isteri yang memahami persoalan agama dengan baik, mengamalkan ilmunya (taat) dan sangat komited dengan kedudukannya sebagai seorang isteri.

Rumah yang luas adalah rumah yang sentiasa terisi dengan sifat qana’ah, terisi dengan aktiviti yang dicintai Allah, suasana yang tenteram dan ceria, dan kemudahan yang baik.

Kenderaan yang selesa adalah sebuah sarana yang sangat penting bagi tujuan kelancaran pengangkutan dan hal-ehwal urusan serta tugas seharian.

Jiran tetangga yang baik adalah merujuk kepada soal pergaulan yang baik dan kehidupan bermasyarakat di atas etika syari’at yang betul.

Dengan itu, apa yang sebaliknya adalah merujuk kepada unsur-unsur yang mampu mendatangkan keburukkan sekaligus jauh dari nilai-nilai sebuah kebahagiaan.

Dan sebagai mengakhiri tulisan ini, penulis meletakkan fokus bahawa sebenar-benar kebahagiaan itu adalah kebahagiaan yang dibina di atas keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, sekaligus menjamin kehidupan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhirat.

Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” (Surah ar-Ra’d, 13: 29)

sumber:
Nawawi B. Subandi,
12:35, 13 Jun 2009, Rawang Putra.

Monday, October 25, 2010

dEaLoVa

Tuesday, October 19, 2010

Diriwayatkan dari A’isyah r.a, bahawa saat menjelaskan bentuk amal soleh apakah yang paling dicintai oleh Rasulullah saw., A’isyah menerangkan:

Bentuk kepatuhan yang paling Rasulullah saw. cintai adalah amal yang dikerjakan berterusan oleh pelakunya.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Sahihnya, kitab al-Iman)

Dari A’isyah r.a juga menyebut bahawa Nabi saw. ada bersabda:

“Sesungguhnya amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus walaupun sidikit.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

Kesibukan kita dalam melayari bantera kehidupan, samada sebagai mahasiswa mahupun berkerjaya janganlah sampai tuntutan amal soleh kita khususnya amal dakwah dan istiqamah di jalan tarbiyah terencat, hidup segan mati tak mahu. Penyakit ingin berehat dari beramal adalah perangkap keduniaan yang telah memerangkap umat Islam, khususnya pemuda Islam yang dinantikan untuk meneruskan misi amal soleh Rasulullah saw. Ketahuilah bahawa istirehat bagi seorang mukmin itu adalah kelalaian, waktu yang luang adalah pembunuh, dan pengangguran amal adalah kemandulan iman.

Yakinlah, kita mampu beramal soleh, walaupun sidikit, yang penting istiqamah. Allah swt tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang tidak kita mampu memikulnya. Firman Allah swt.:

“Dan Allah tidak membebankan kepada seseorang kecuali sesuai dengan apa yang
dimampui”. (Al Baqarah: 286)

Justeru bergeraklah dan bekerjalah, berlatihlah dan kajilah sesuatu, bacalah Al-Quran dan bertasbihlah, sebarkan dakwah, perkasakan tarbiha, tulislah sesuatu dan kunjungilah sahabat dan murabbi, tetap istiqamah walaupun sedikit, jangan berhenti dan berehat.

Imam Nawawi rahimahullah mengingatkan kita bahawa kerjakanlah sesuatu amal dengan terus menerus, sesungguhnya amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan terus menerus dan rutin, adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi terputus dan terhenti.
Istiqamah beramal adalah kunci penyuburan semangat bearmal soleh, sebaliknya kelalaian dari istiqamah adalah kunci kerugian di akhirat nanti.

Firman Allah swt. :

“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”(Q.S. Hud:112)

Kejarlah ganjaran besar buat mukmin yang memelihara sikap istiqamahnya dalam beramal soleh.

Firman Allah swt. lagi:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada pula berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”. ( Al-Ahqaf: 13-14.)

• Beramal sedikit, berlimpah pahalanya

Kebaikan apa pun yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah pasti mengetahuinya. [Al-Baqarah:215]

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan meski hanya sebesar dzarrah (atom), niscaya dia akan melihat hasilnya. [Al-Zalzalah:7]

Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya balasan sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya. [An-An’am:160]

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, tak ubahnya sebutir biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai. Pada masing-masing tangkai terdapat 100 butir biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas karunia-Nya lagi maha mengetahui. [Al-Baqarah:261]

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak…[Al-Baqarah:245]

Barangsiapa di antara kamu yang patuh kepada Allah dan rasul-Nya, dan mengerjakan perbuatan baik, niscaya akan Kami berikan pahala dua kali lipat, dan untuk mereka Kami sediakan rezeki yang banyak. [Al-Ahzab:31]

Bagi membina sikap istiqamah itu menjadi sebati dalam kehidupan, maka kita harus melatih diri kita secara sungguh-sungguh, berusaha agar setiap amal perbuatan kita diikuti dengan tiga formula yang telah diparktikkan oleh para ulama terdahulu, iaitu ijtihad, mujahadah, dan jihad. Dengan berijtihad kita dapat memastikan bahawa tindakan kita adalah suatu pilihan terbaik setelah melalui pertimbangan-pertimbangan yang mendalam. Tindakan itu harus diikuti dengan mujahadah (usaha yang bersungguh-sungguh) dan terus menerus jangan sampai berhenti di tengah jalan. Dan tentu saja semuanya harus disertai dengan jihad (suatu perjuangan keras yang berkesinambungan) yang memerlukan pengorbanan-pengorbanan dalam pelbagai bentuk, seperti tenaga, harta, fikiran, masa, bahkan nyawa. Tanpa tiga formula ini, sukar rasanya istiqamah dapat terwujud dalam kehidupan kita. Istiqamahlah, walaupun amalnya sedikit.

Monday, October 4, 2010

hukum bersalaman dengan yg bukan mahram !!!

pada satu ketika , ada sahabat kita mempunya masalah tentang hukum
yang berkaitan dengan bersalaman dengan yang bukan mahram ..
kerana masalanya ( bila tiba hari raya atau perayaan , semua
keluarga berkumpul belah ayah ngan ibu , jadi ada yang bukan mahram ,
ketika bersalaman ada yg bukan mahram , apa hukumnya kat situ
)
soalan sahabat kita !
jadi disini saya ada meletakkan beberapa dalil , sahabat boleh baca dibawah
ini , saya minta maaf segala kekurangan dan kecacatan , jika ada pandangan
dan pendapat boleh hantar comment ..

Orang Melayu terkenal dengan masyarakat yang mementingkan adab,
sopan-santun dan budi-pekerti yang mulia. Antara adab yang sentiasa
dipraktikkan dalam masyarakat ialah bersalam atau berjabat tangan
di antara satu sama lain apabila bertemu. Perbuatan ini merupakan
sesuatu yang amat baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim dan
persaudaraan di dalam masyarakat.

Namun akhir-akhir ini didapati bahawa bersalam atau berjabat tangan ini
dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira batas hukum
syarak, sehinggakan gejala bersalam atau berjabat tangan di antara lelaki
dan wanita yang bukan mahram menjadi semakin berleluasa dan semakin
diterima di dalam masyarakat. Apatah lagi apabila bertemu dengan
pemimpin, maka bukan sekadar berjabat tangan tetapi ada yang sanggup
mencium tangan pemimpin tersebut sedangkan tidak ada ikatan mahram
di antara mereka!.

Fenomena seumpama ini sekiranya dibiarkan, ia akan menjadi semakin parah
yang akhirnya bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malahan
akan turut menghakis nilai-nilai murni dan adab tatasusila yang diamalkan
dalam masyarakat Melayu selama ini. Walaupun para ulama’ mengharuskan
seseorang lelaki berjabat tangan dengan wanita yang sudah tua yang sudah
tidak ada lagi keinginan syahwat (rujuk dalam Fatawa Mu’asirah oleh Yusuf
al-Qaradawi), namun ia janganlah dijadikan sebagai satu alasan untuk
sewenang-wenangnya membudayakan berjabat tangan di antara lelaki dan
perempuan.

Allah swt telah berfirman
dalam surah al-Nur ayat 30-31 bermaksud:
”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat (merendahkan) pandangan mereka (daripada memandang
wanita yang bukan mahram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam
pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat (merendahkan)
pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka…..”.

Dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan agar orang lelaki dan perempuan
agar menjaga dan merendahkan pandangan mereka daripada melihat sesuatu
yang diharamkan seperti melihat orang yang bukan mahram sehinggakan boleh
menimbulkan syahwat. Oleh itu, ajaran Islam mengharamkan seseorang lelaki
melihat kepada wanita yang bukan isterinya atau wanita yang bukan mahramnya.
Hal ini tidak pula bermaksud kita dikehendaki memejamkan mata ketika bertemu
dengan orang yang bukan mahram, tetapi apa yang dimaksudkan ialah kita dilarang
melihat berulang-kali terhadap seseorang yang bukan mahram kerana ia boleh
menimbulkan syahwat dan fitnah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
al-Tirmidhi dan Ahmad, nabi saw telah bersabda kepada Saidina Ali yang
bermaksud: ”Wahai Ali, janganlah kamu mengikuti pandangan yang pertama
(terhadap wanita yang bukan mahram) dengan pandangan yang seterusnya,
kerana sesungguhnya pandangan pertama itu bagi kamu (diharuskan), tetapi
kamu dilarang daripada pandangan yang kedua (iaitu terus memandang kepada
wanita yang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syahwat)”.

Sekiranya memandang kepada wanita yang bukan mahram pun dilarang
dalam hukum syara’, sudah tentu bersalam dan berjabat tangan di antara
lelaki dan wanita yang bukan mahram diharamkan. Cubalah kita fikirkan,
manakah yang lebih menimbulkan syahwat dan fitnah, memandang dari jauh
atau bersalaman dan berjabat tangan yang melibatkan persentuhan kulit
dengan kulit? Tepuk dada, tanya iman!.

Di sini saya letakkan beberpa dalil yang mengharamkannya:

1 . para ulama’ yang mengharamkan berjabat tangan di antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram ialah nabi saw tidak berjabat tangan dengan
wanita ketika melakukan bai’ah sedangkan dalam masa yang sama nabi saw
berjabat tangan dengan lelaki ketika bai’ah dilakukan. Dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad menyatakan bahawa, “Daripada
Abdullah bin Amr’ ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah saw tidak pernah
berjabat tangan dengan wanita dalam bai’ah”.

2. beberapa riwayat dari ?Aisyah r.a. yaitu:

Telah berkata ?Aisyah: ?Tidak pernah sekali-kali Rasulullah Saw menyentuh
tangan seorang wanita yang tidak halal baginya.?
[Hadith Riwayat Bukhari Muslim].

Telah berkata ?Aisyah: ?Tidak! Demi Allah, tidak pernah sekali-kali tangan
Rasulullah Saw menyentuh tangan wanita (asing), hanya ia ambil bai?at
mereka dengan perkataan.? [Hadith Riwayat Bukhari Muslim].

Menurut mereka Hadits-hadits di atas dan serupa dengannya merupakan dalil
yang nyata bahwa Rasulullah Saw tidak berjabat tangan dengan wanita bukan
mahram (asing). Kerana itu maka hukum berjabat tangan antara lawan jenis
yang bukan mahram adalah haram.

3. hadits-hadits yang menunjukkan larangan ?menyentuh wanita? serta hadits
-hadits lain yang maknanya serupa. Misalnya hadits shahih yang berbunyi:

?Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih
baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.?
[HR. Thabrani].

Atau hadits yang berbunyi:

?Lebih baik memegang bara api yang panas dari pada menyentuh
wanita
yang bukan mahram.?

Ketiga, juga di dasarkan pada sabda Rasulullah Saw yakni:

?Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.?
[HR. Malik, Tirmidzi dan Nasa?i].

4. Berkata Syaikh Al Albani:
"Dalam hadits ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang
yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya, termasuk masalah
berjabat
tangan, karena jabat tangan itu termasuk menyentuh."
(Ash Shohihah 1/448)

Dsini juga saya letakkan beberpa dalil yg mengharamkannya
dari Sumber Rujukan
: Dosa-Dosa Yang Dianggap Biasa, Syaikh
Muhammad Shalih Al Munajid :
Beliau Shallallahu'alaihi wa Sallam juga bersabda, yang artinya:
"Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan wanita"
(HR: Ath Thabrani dalam Al Kabir: 24/342, shahihul jami’: 70554)

Dan dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata, yang artinya:
"Demi Alloh, tiadalah pernah tangan Rasululloh Shollallahu ‘alaihi
wa Sallam menyentuh tangan wanita walau sekali. Dan tiadalah
beliau memba'iat kaum wanita, kecuali hanya dengan ucapan"
(HR: Muslim 3/1489).

Berjabat Tangan Dengan Perempuan Bukan Mahram

Menurut 4 mazhab

4.1. Mazhab Hanafi

- Haram menyentuh wajah dan dua telapak tangan

perempuan bukan mahram, sekalipun aman dari syahwat.

- Berjabat tangan dengan perempuan tua yang sudah

tidak bersyahwat lagi; At-Thahawi berkata tidak mengapa.

Manakala Syamsudin Ahmad bin Qaudar berkata tidak halal

sekalipun aman dari syahwat.

4.2. Mazhab Maliki

- Haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram.

Ini dinyatakan oleh al-Imam al-Baaji, al-Qadhi Abu Bakar

Ibnul Arabi dan As-Shawi.

- Hukum berjabat tangan dengan perempuan tua, menurut

Syeikh Abul Barakat Ahmad bin Muhamad bin Ahmad

ad-Durdair ia tidak dibenarkan.

4.3. Mazhab Syafi’i

- An-Nawawi di dalam beberapa karyanya, as-Syaribini

dan lain-lain ulama as-Syafi’I menyatakan haram

berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram.

- Dibenarkan menyentuh perempuan bukan mahram

ketika dalam keadaan darurat, seperti ketika berubat,

pembedahan, mencabut gigi dan sebagainya, seandainya

ketika itu tidak ada perempuan yang boleh melakukannya.

4.4. Mazhab Hanbali

- Imam Ahmad ketika ditanya tentang masalah berjabat

tangan dengan perempuan bukan mahram, beliau menjawab:

“Aku membencinya.”

- Berjabat tangan dengan perempuan tua; Imam Ishaq

bin Mansur al-Marwazi menukil dari imam Ahmad, ia tidak

dibenarkan. Sementara Ibnu Muflih menyatakan; pemilik

an-Nazham mengatakan makruh dan dengan anak kecil

dibolehkan dengan tujuan menyemai budi pekerti.

bagaimana dengan kita sahabat- sahabat semua... apakah masih
meremehkan menjabat tangan wanita bukan mahrom?

pandangan dari saya
. haram berjabat tangan dengan mahram
berdasarkan dalil2 yg kukuh diatas , telah jelas bahwa rasulullooh
tidak pernah menjabat wanita yang tidak halal bagi beliau...
semoga sedikit maklumat ini boleh kita amalkannya , semoga
mendapat keradhaan dari allah , amin ya rabbi

sumber:alanwartajudin.blogspot.com+zain y.s

Batas Aurat dengan Sepupu-Sepapat dan lain-lain.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teman-teman semua, kakchik doakan semuanya dalam rahmat dan berkat Allah SWT.
Hari ni kesihatan hidung kakchik masih juga seperti semalam. Belum mahu baik lagi
nampaknya tapi kakchik dah kembali bekerja seperti biasa. MC lama-lama
pun bukannya kakchik buat apa sangat kat rumah tu.

Jadi sambil kakchik bertugas di Kaunter ni kakchik akan cuba sambung
tulisan kakchik berkenaan tajuk Batas-batas Aurat yang telah kakchik tulis
sebelum ni. Kalau nak baca boleh klik tajuk tadi.

Jom kita kongsi pula bagaimana kita nak jaga aurat kita bila ada sepupu-sepapat
ni. Bila ada keluarga sudah pasti kita ada sepupu di sebelah mak dan di sebelah ayah.
Lelaki dan perempuan. Bagi kita yang perempuan ni, sepupu lelaki adalah off-limits.
Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan
mereka kita kena:
  1. tutup aurat sebaik-baiknya
  2. haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya
  3. walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.
KECUALI jika sepupu kita itu adalah anak susuan ibu kita. Jika begitu mereka
juga adalah ibarat adik-beradik sendiri dan boleh melihat aurat kita. Cuma...
pandai-pandailah kita menjaga diri. Dunia sekarang tidak seperti 10, 20 tahun
dulu. Sekarang ini dunia nafsu.

Kakchik ada tengok banyak gambar-gambar raya yang mana sepupu lelaki
bersalaman dengan sepupu perempuan. Rasanya mereka tidak tahu akan
batas-batas aurat ni. Moga-moga perkara ini dapat dielakkan dengan prinsip
selepas ini. Buatlah kerana Allah.

BAPA SAUDARA SABIT

Iaitu suami kepada mak saudara kita sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah.
Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna.
Rambut kita dia tak boleh lihat. Tubuh badan kita juga sejak kita akil baligh,
mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.

TAPI, jika kita ni anak susuan mak saudara kita tu, maka bapa saudara
sabit tadi telah menjadi bapa susuan kita. Hukumnya kini, dia seperti bapa
kandung kita. (
Yang ini kakchik kena clarify sekali lagi dengan pakar hukum
jadi kalian jangan terima bulat-bulat ya sebab kakchik tak dapat sumber
ujukan yang sahih ni.) Lepas ni kakchik edit semula ya.

sumber:blog kak chik..keluargakusayang.blogspot.com

Saturday, August 28, 2010

TENTANG AURAT,APE YANG BOLEH YE?

Itu tak boleh Ini tak boleh, habis tu apa yang boleh?

Assalamualaikum dan salam pagi Ramadhan ke-16.

Alamdulillah... syukurkan sehari lagi kita dapat memulakan hari
baru
di bulan yang mulia ni. Kakchik dapat merasakan satu hari ni
bakal menjadi satu hari yang penuh bermanfaat kepada kita
semua. Insyaallah.

Baiklah. Kakchik nak sambung penulisan kakchik dari semalam
pasal nak istiqomah dalam menutup aurat. Ramai orang
tak suka bila selalu sangat kita menulis tentang aurat ni. Ada
yang kata, "macam takde isu lain", tapi kakchik tetap juga nak
bicarakan isu ini kerana ianya sangat dekat dengan
kehidupan kita sebagai seorang ISLAM. Lainlah kalau anda
BUKAN ISLAM. Isu ini tiada kaitan langsung.

Kadang-kadang sebab yang menjadikan orang malas nak
baca pasal AURAT ni ialah kerana kita suka sangat menghukum
tapi tidak menyediakan ALTERNATIF kepada masalah yang
diperkatakan. Kali ni kakchik nak cuba berkongsi kefahaman
kakchik pasal pakaian menutup aurat dengan menunjukkan
mana yang tidak sempurna penutupannya dan jenis-jenis
pakaian yang sesuai untuk menutup aurat dengan sempurna.

Cadangan dan idea kakchik ni untuk membantu, jika hati
pembaca tak terbuka untuk mengubah penampilan
diri sendiri, tanggungjawab kakchik sebagai saudara
seagama sudah terlaksanan. Biarlah anda berurusan
dengan Allah di akhirat nanti. Takdelah Allah nak
marahkan kakchik kerana tak memberitahu.

Ok, mari kita tengok contoh-contoh pakaian wanita
Islam kita yang MASIH tidak sempurna.

Baju Kurung
Kalau tengok gambar di atas, Baju Kurungnya sudah sangat
memenuhi sebahagian besar syarat menutup aurat. Ianya
longgar, labuh dan tidak menonjolkan bentuk badan. BAGUS
sangat dah ni TAPI... sayangnya aurat rambut tidak ditutup.
Jangan lupa, Nabi Muhammad saw ada menceritakan ramainya
wanita di dalam NERAKA kerana tidak menutup aurat
rambut di atas dunia.

Jangan pula ingat BILA DAH TUTUP RAMBUT kita dah
menutup aurat... belum habis lagi tu. Yang comelnya
malah sempurna menutup aurat ialah begini:

Semua pilihan pun ok.
Begini pun ok juga:

Bukankah elok ni?
Banyaklah contoh yang elok ada di sekeliling kita cuma nak
atau taknak ikut je. Berpakaian menutup aurat ni, niat
saja dan dapat pahala, bila kita pakai pula lagilah dapat
pahala sebab ia satu ibadah. Katakan, penampilan kita
membuatkan orang lain juga mahu menjaga aurat, kita
telah menjadi ejen dakwah. Dapat ganjaran lagi. Alangkah
bagus tu.

Kebaya
Baju Kebaya adalah salah satu pakaian tradisi kaum wanita
Melayu dan Cina Peranakan. Bagi wanita Melayu Islam, baju
kebaya boleh dipakai, tapi biarlah kena dengan
tempatnya dan potongannya. Kalau kebaya sendat seperti
dalam gambar, itu HANYA SESUAI dipakai di hadapan suami.
DI KHALAYAK RAMAI, sama sekali tidak lulus dari hukum
menutup aurat.

Kenapa pulak? Ok, ianya ketat, menampakkan bentuk badan,
kalau dibuat dari kain lace macam di atas, lagilah banyak
tak kena - nampak kulit dan juga tak tutup rambut. KATALAH
wanita ini bertudung dan labuh melepasi paras dada, MASIH
TAK BETUL sebab kebayanya pendek, bila berdiri dan berjalan,
boleh lihat lenggok punggungnya.

JADI, kalau nak pakai kebaya kena cari yang macam ni:

Beberapa contoh Kebaya Labuh
DENGAN SYARAT, selendang itu dipakai menutup kepala hingga ke
dada, bukannya diselempangkan di bahu atau di lengan. SALAH
FUNGSI tu.

Inipun masih tidak sempurna:

Mungkin hanya yang no 2 dari kanan lebih sempurna.

Sebaiknya carilah t-shirt muslimah yang longgar dan tidak begitu
jelas menampakkan saiz badan kita. Pemakaian t-shirt lengan
pendek dengan INNER yang melekat di lengan adalah tidak
sempurna kerana ia masih seperti TELANJANG, siapa melihat
sudah tahu lengan kita itu kurus atau gemuk dan seumpamanya.

Yang berbaju merah tu bukan bertudung tapi sekadar menutup
rambut.

Seluar pula, pilihlah yang macam ni:

Selesa, ladylike dan longgar.
Warna hitam adalah keperluan kerana boleh dipadankan dengan baju pelbagai warna.
Nnak berseluar tu bagi kakchik takde salahnya jika kita memilih
seluar yang besar dan longgar seperti contoh di atas.
Seluar jeans pun ada yang jenis wideleg ni. Kalau suka
jeans, carilah yang macam tu.

Inilah fesyen kegemaran wanita sekarang.

Kakchik percaya teman-teman semua dah biasa jumpa gaya
berpakaian seperti di atas. Di mana-mana saja kita akan
terjumpa dengan fesyen sebegini. Astaghfirullahalaziim.
SAYANG sekali... kakchik yakin, gaya ini termasuk
dalam kategori BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG. Kalau kita
masih berbuat begini, ubahlah... ubahlah dengan segera.
Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. Insyaallah setiap
perubahan kepada kebaikan akan lebih diberkati.

Pakai t-shirt muslimah lagi cantik dan menjaga aurat.
Banyak sangat pilihan di pasaran sekarang ni.
Nak pakai ke segala program dan aktiviti pun ada.
Antara contohnya:

Dipadankan dengan seluar baggy atau skirt labuh, cantik juga.
Yang begini pakai ke pejabat pun sesuai kalau pandai disuaipadan.
Kitalah yang menentukan pakaian yang disarungkan ke tubuh kita.
Ada seorang kawan dari USA yang baru beberapa tahun memeluk
Islam berkata, "kenapalah orang-orang Islam ni berpakaian dan
bertudung tapi banyak yang tidak sempurna. Kenapa tidak
buat biar sempurna, kita juga yang untung." Malu kakchik
membaca komen beliau.

Memang benar, di mana-mana saja, orang yang lahirnya
Islam banyak yang tidak ambil berat pasal ajaran agama
sendiri. Take everything for granted saja kita ni. Tak
sayangkah kita pada agama kita ni? Sayang... habis tu,
kenapa tak buat baik-baik apa yang Allah suruh?

Kita kena insaf diri. Janganlah kita biarkan saja kalau ada
yang bertindak berani dengan memakai pakaian sebegini:

Astaghfirullahalaziim... macam di majlis kenduri je.
Mula-mula tengok gambar di atas ni, ingatan kakchik terus
kembali pada satu petang di tepi Kota Sri Mutiara. Kakchik
berselisih bahu dengan seorang wanita sedang berjalan sambil
memegang tangan anak lelakinya yang masih berpakaian sekolah
lengkap bersongkok. Wanita itu berpakaian begini dan juga
bertudung. Allah saja yang tahu berapa banyak mata yang
melihat dan mengumpat beliau. Kakchik kesian pada kaum
sendiri yang seolah-olah terpaksa menutup aurat sedangkan
ini bukan arahan manusia.

Ada juga yang hanya memakai tudung sebagai pelengkap
menutup aurat (belum sempurna pun) bila mereka berada
di Kelantan. Pelik sungguh. Ingat Allah tu hanya ada di
Kelantan ke? Ini perkara benar berdasarkan pengalaman sendiri.

Teman-teman tersayang, marilah kita sama nasihat-menasihati,
jom lah kita tutup aurat kita dengan SEMPURNA. Banyak sangat
caranya dan senang pulak tu. Setiap kali menghadap cermin,
berhias diri untuk ke mana saja, berdoalah agar Allah perelokkan
akhlak kita sebagaimana Dia perelokkan kejadian kita. Sebagai
tanda syukur Allah buat kita ni sempurna, boleh bernafas, sihat
tubuh badan, kita balaslah dengan menjaga ciptaan-Nya ini
dengan sebaik mungkin - MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.

Maafkan salah silap kakchik dalam tulisan ni jika ada. Tiada
lain tiada bukan hanya untuk membantu setakat yang
mampu. Harap membuka minda dan hati-hati kita semua,
biar hidup kita lebih berkat dan masa depan di akhirat lebih baik.

Allahu'alam.
sumber:blog kak chik