Assalamualaikum dan salam pagi Ramadhan ke-16.
Alamdulillah... syukurkan sehari lagi kita dapat memulakan hari
baru
di bulan yang mulia ni. Kakchik dapat merasakan satu hari ni
bakal menjadi satu hari yang penuh bermanfaat kepada kita
semua. Insyaallah.
Baiklah. Kakchik nak sambung penulisan kakchik dari semalam
pasal nak istiqomah dalam menutup aurat. Ramai orang
tak suka bila selalu sangat kita menulis tentang aurat ni. Ada
yang kata, "macam takde isu lain", tapi kakchik tetap juga nak
bicarakan isu ini kerana ianya sangat dekat dengan
kehidupan kita sebagai seorang ISLAM. Lainlah kalau anda
BUKAN ISLAM. Isu ini tiada kaitan langsung.
Kadang-kadang sebab yang menjadikan orang malas nak
baca pasal AURAT ni ialah kerana kita suka sangat menghukum
tapi tidak menyediakan ALTERNATIF kepada masalah yang
diperkatakan. Kali ni kakchik nak cuba berkongsi kefahaman
kakchik pasal pakaian menutup aurat dengan menunjukkan
mana yang tidak sempurna penutupannya dan jenis-jenis
pakaian yang sesuai untuk menutup aurat dengan sempurna.
Cadangan dan idea kakchik ni untuk membantu, jika hati
pembaca tak terbuka untuk mengubah penampilan
diri sendiri, tanggungjawab kakchik sebagai saudara
seagama sudah terlaksanan. Biarlah anda berurusan
dengan Allah di akhirat nanti. Takdelah Allah nak
marahkan kakchik kerana tak memberitahu.
Ok, mari kita tengok contoh-contoh pakaian wanita
Islam kita yang MASIH tidak sempurna.
|
Baju Kurung |
Kalau tengok gambar di atas, Baju Kurungnya sudah sangat
memenuhi sebahagian besar syarat menutup aurat. Ianya
longgar, labuh dan tidak menonjolkan bentuk badan. BAGUS
sangat dah ni TAPI... sayangnya aurat rambut tidak ditutup.
Jangan lupa, Nabi Muhammad saw ada menceritakan ramainya
wanita di dalam NERAKA kerana tidak menutup aurat
rambut di atas dunia.
Jangan pula ingat BILA DAH TUTUP RAMBUT kita dah
menutup aurat... belum habis lagi tu. Yang comelnya
malah sempurna menutup aurat ialah begini:
|
Semua pilihan pun ok. |
Begini pun ok juga:
|
Bukankah elok ni? |
Banyaklah contoh yang elok ada di sekeliling kita cuma nak
atau taknak ikut je. Berpakaian menutup aurat ni, niat
saja dan dapat pahala, bila kita pakai pula lagilah dapat
pahala sebab ia satu ibadah. Katakan, penampilan kita
membuatkan orang lain juga mahu menjaga aurat, kita
telah menjadi ejen dakwah. Dapat ganjaran lagi. Alangkah
bagus tu.
|
Kebaya |
Baju Kebaya adalah salah satu pakaian tradisi kaum wanita
Melayu dan Cina Peranakan. Bagi wanita Melayu Islam, baju
kebaya boleh dipakai, tapi biarlah kena dengan
tempatnya dan potongannya. Kalau kebaya sendat seperti
dalam gambar, itu HANYA SESUAI dipakai di hadapan suami.
DI KHALAYAK RAMAI, sama sekali tidak lulus dari hukum
menutup aurat.
Kenapa pulak? Ok, ianya ketat, menampakkan bentuk badan,
kalau dibuat dari kain lace macam di atas, lagilah banyak
tak kena - nampak kulit dan juga tak tutup rambut. KATALAH
wanita ini bertudung dan labuh melepasi paras dada, MASIH
TAK BETUL sebab kebayanya pendek, bila berdiri dan berjalan,
boleh lihat lenggok punggungnya.
JADI, kalau nak pakai kebaya kena cari yang macam ni:
|
Beberapa contoh Kebaya Labuh |
DENGAN SYARAT, selendang itu dipakai menutup kepala hingga ke
dada, bukannya diselempangkan di bahu atau di lengan. SALAH
FUNGSI tu.
Inipun masih tidak sempurna:
|
Mungkin hanya yang no 2 dari kanan lebih sempurna. |
Sebaiknya carilah t-shirt muslimah yang longgar dan tidak begitu
jelas menampakkan saiz badan kita. Pemakaian t-shirt lengan
pendek dengan INNER yang melekat di lengan adalah tidak
sempurna kerana ia masih seperti TELANJANG, siapa melihat
sudah tahu lengan kita itu kurus atau gemuk dan seumpamanya.
Yang berbaju merah tu bukan bertudung tapi sekadar menutup
rambut.
Seluar pula, pilihlah yang macam ni:
|
Selesa, ladylike dan longgar. |
|
Warna hitam adalah keperluan kerana boleh dipadankan dengan baju pelbagai warna. |
Nnak berseluar tu bagi kakchik takde salahnya jika kita memilih
seluar yang besar dan longgar seperti contoh di atas.
Seluar jeans pun ada yang jenis wideleg ni. Kalau suka
jeans, carilah yang macam tu.
|
Inilah fesyen kegemaran wanita sekarang. |
Kakchik percaya teman-teman semua dah biasa jumpa gaya
berpakaian seperti di atas. Di mana-mana saja kita akan
terjumpa dengan fesyen sebegini. Astaghfirullahalaziim.
SAYANG sekali... kakchik yakin, gaya ini termasuk
dalam kategori BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG. Kalau kita
masih berbuat begini, ubahlah... ubahlah dengan segera.
Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. Insyaallah setiap
perubahan kepada kebaikan akan lebih diberkati.
Pakai t-shirt muslimah lagi cantik dan menjaga aurat.
Banyak sangat pilihan di pasaran sekarang ni.
Nak pakai ke segala program dan aktiviti pun ada.
Antara contohnya:
|
Dipadankan dengan seluar baggy atau skirt labuh, cantik juga. |
|
Yang begini pakai ke pejabat pun sesuai kalau pandai disuaipadan. |
Kitalah yang menentukan pakaian yang disarungkan ke tubuh kita.
Ada seorang kawan dari USA yang baru beberapa tahun memeluk
Islam berkata, "kenapalah orang-orang Islam ni berpakaian dan
bertudung tapi banyak yang tidak sempurna. Kenapa tidak
buat biar sempurna, kita juga yang untung." Malu kakchik
membaca komen beliau.
Memang benar, di mana-mana saja, orang yang lahirnya
Islam banyak yang tidak ambil berat pasal ajaran agama
sendiri. Take everything for granted saja kita ni. Tak
sayangkah kita pada agama kita ni? Sayang... habis tu,
kenapa tak buat baik-baik apa yang Allah suruh?
Kita kena insaf diri. Janganlah kita biarkan saja kalau ada
yang bertindak berani dengan memakai pakaian sebegini:
|
Astaghfirullahalaziim... macam di majlis kenduri je. |
Mula-mula tengok gambar di atas ni, ingatan kakchik terus
kembali pada satu petang di tepi Kota Sri Mutiara. Kakchik
berselisih bahu dengan seorang wanita sedang berjalan sambil
memegang tangan anak lelakinya yang masih berpakaian sekolah
lengkap bersongkok. Wanita itu berpakaian begini dan juga
bertudung. Allah saja yang tahu berapa banyak mata yang
melihat dan mengumpat beliau. Kakchik kesian pada kaum
sendiri yang seolah-olah terpaksa menutup aurat sedangkan
ini bukan arahan manusia.
Ada juga yang hanya memakai tudung sebagai pelengkap
menutup aurat (belum sempurna pun) bila mereka berada
di Kelantan. Pelik sungguh. Ingat Allah tu hanya ada di
Kelantan ke? Ini perkara benar berdasarkan pengalaman sendiri.
Teman-teman tersayang, marilah kita sama nasihat-menasihati,
jom lah kita tutup aurat kita dengan SEMPURNA. Banyak sangat
caranya dan senang pulak tu. Setiap kali menghadap cermin,
berhias diri untuk ke mana saja, berdoalah agar Allah perelokkan
akhlak kita sebagaimana Dia perelokkan kejadian kita. Sebagai
tanda syukur Allah buat kita ni sempurna, boleh bernafas, sihat
tubuh badan, kita balaslah dengan menjaga ciptaan-Nya ini
dengan sebaik mungkin - MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.
Maafkan salah silap kakchik dalam tulisan ni jika ada. Tiada
lain tiada bukan hanya untuk membantu setakat yang
mampu. Harap membuka minda dan hati-hati kita semua,
biar hidup kita lebih berkat dan masa depan di akhirat lebih baik.
Allahu'alam.
sumber:blog kak chik