Surah 28: Al-Qasas (The Stories): Verses 62-88

71. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made night continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you light? Will you not then hear?" 72. Say (O Muhammad ): "Tell me! If Allah made day continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilah (a god) besides Allah who could bring you night wherein you rest? Will you not then see?" 73. It is out of His Mercy that He has put for you night and day, that you may rest therein (i.e. during the night) and that you may seek of His Bounty (i.e. during the day), and in order that you may be grateful.

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN

SERTAI KAMI KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN!!!

Tuesday, August 4, 2009

Mengenali perwatakan putera-puteri DUNIA

Perkara yang amat dibimbangi oleh Rasulullah SAW akan berlaku kepada umatnya ialah terlalu menuruti kehendak hawa nafsu dan angan-angan yang panjang.Sesungguhnya angan-angan yang berlarutan akan mengakibatkan manusia lalai daripada mengingati akhirat.Tidak ada pembetulan yang dapat dilakukan atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan,tetapi disanalah tempat bagi manusia merasai kebahagiaan atau penyesalan yang tidak berkesudahan.

Angan-angan tidak ada penghujungnya.Ia tidak berjejak di alam nyata,malah banyak kosong semata-mata.Justeru angan-angan bukanlah cita-cita,kerana cita-cita memerlukan tindakan dan usaha yang bersungguh-sungguh bagi mencapai apa yang diimpikan.Sebaliknya angan-angan adalah khayalan,ibarat lakonan di alam fantasi.Ia adalah seperti mengharungi lautan yang luas yang tidak berpantai.
Orang yang terperangkap dalam angan-angan pasti lupa kepada tujuan hidup di dunia ini.Masa depannya hanyalah khayalan.Jikapun dia tahu tentang akhirat,namun dia tidak begitu meyakininya.Apapun yang akan terjadi kepada dirinya di Akhirat kelak tidak pernah difikirkannya.Sekalipun ada pihak yang mengingatkan dia tentang perlunya membuat persediaan menghadapi hari Akhirat,dia tetap menganggap Akhirat itu masih terlalu jauh dan masa yang ada masih terlalu banyak.
Golongan yang dilalaikan dengan angan-angan sentiasa menangguhkan amalan fardhu atau amal kebajikan.Jika ketika itu telah masuk waktu solat fardu,apabila rakan-rakan mengajak nya pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah,di akan menjawab:"pergilah dulu".Demikian juga andainya dia mempunyai harta dan wang ringgit yang membolehkannya menunaikan fardu haji,dia tidak akan berbuat demikian,sebaliknya akan menangguhkannya dengan berbagai-bagai alasan.
Manusia yang dilamun angan-angan tidak akan menjadualkan masa dalam kehidupan mereka.Masa adalah usia.Walaupun masa berlalu,namun dia tidak berasa usianya semakin susut dan terbuang secara sia-sia kerana lamunan angan-angan yang panjang.Dia tidak pernah terfikir bahawa kematian semakin menghampirinya.
Umur manusia adalah antara anugerah Allah SWT yang amat berharga tetapi terbatas.Umur atau usia yang akan dipertanggungjawabkan ke atas diri seseorang di Akhirat kelak dan dia kan ditanya ke manakah umur itu dipergunakan.
Usia bergerak pergi meninggalkan manusia seperti pergerakan bumi dan cakerawala yang lain,terus melangkah tanpa tangguh.Setelah usia berlalu,tiada sesiapapun yang dapat melambai dan mengajaknya kembali.
Selain itu,Rasulullah SAW menyatakan bahawa Akhirat juga bergerak mendatangi manusia.Apabila umur manusia berjalan pergi dan Akhirat melangkah mendatangi manusia,maka ini bererti akan semakin cepatlah pertemuan manusia dengan Akhirat itu.Ibarat dua orang yang menaiki dua kenderaan yang berbeza dari arah yang bertentangan dijalan raya.Walaupun kedua-duanya bergerak dari jarak yang jauh,namun oleh sebab kedua-duanya bergerak arah yang bertentangan,maka lebih cepatlah kenderaan tersebut bertemu.
Gambaran itu begitu jelas bahawa manusia dan alam Akhirat akan bertemu segera kerana kedua-duanya sedang bergerak pantas untuk bertemu.Hanya orang yang sedang dilamun angan-angan sahaja yang tidak menyedari umurnya sedang bergerak pergi dan Akhirat pula kian mendatanginya.Angan-angan yang panjang melalaikan mereka daripada menyedari hakikat itu.
Orang yang berangan-angan panjang tidak akan memikirkan saat kedatangan Kiamat yang akan menghancurkan alam ini.Justeru,dia tidak pernah memikirkan persiapan bekalan yang patut disediakan semasa hidup di dunia bagi kepentingan Akhirat.Walaupun usia dunia ini adalah seperti orang tua yang sudah terlalu bongkok dan akan menemui ajalnya,namun orang yang sedang dilamun angan-angan tidak akan menyedari hakikat itu.Mereka akan terkejut besar sebaik sahaja dunia ini menemui ajalnya apabila kiamat berlaku.
Dunia mempunyai penyokong dan akhirat juga ada pengikut masing-masing.Kedua-duanya mempunyai putera-puteri masing-masing.Siapakah yang akan menjadi putera dunia serta penyokongnya dan siapa pula yang menjadi putera akhirat dan penyokongnya?Kesemuanya dapat dikenali melalui tingkah laku,sikap dan pendirianmereka kerana setiap pendirian dan sikap seseorang akan membuahkan tindakan.
Siapakah putera dunia?Mereka adalah orang-orang yang mentaati hawa nafsu atau menjadikan nafsu sebagai tuhan.Mereka berasa bahagia terhadap seruan mungkar,menghayatinya dengan segala keupayaan diri dan kekutan harta benda,serta berasa bahagia apabila berada dalam suasana mungkar itu.Mereka yang melakukan sebarang usaha hanya untuk kesenangan hidup di dunia yang sementara ini,adalah tergolong sebagai putera dunia.
Putera dunia adalah mereka yang bergiat di sekeliling kehidupan duniawi tanpa menghubungkannya dengan Akhirat.Mereka memiliki kesenangan hanya untuk kepentingannya sendiri.Orang lain seolah-olah tidak ada kaitan denagn dirinya,sekalipun disekeliling mereka ramai orang yang menderita.
Sementara itu,putera Akhirat adalah orang yang kehidupannya berteraskan akidah yang sebenar serta amalan yang bersumberkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.Putera akhirat adalah orang yang mempertahankan kebenaran islam,sedia mempertaruhkan jiwa dan raga demi membela islam,selain menghindari dan memerangi segala yang berbentuk mungkar serta maksiat.
Putera dunia dan putera akhirat mempunyai perbedaan yang jelas.Antara kedua-duanya yang berlainan anutan itu tidak mungkin bersatu.

0 comments: